![[VIDEO] ‘Tidak Terkesan Pun’ – Fazura Tidak Marah Netizen, Hanya Tunjuk Rasa Sayang Sentuh Muka Kawan](https://asset.ohbulan.com/2025/08/fazura-pegang-muka-dua.jpg)
Pelakon dan usahawan, Fazura tampil memberi respon terhadap kritikan mengenai tindakannya menyentuh dan memegang wajah rakan selebriti Indonesia, Nagita Slavina di majlis perkahwinan Luna Maya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pamer Wajah ‘Polos’ Tanpa Solekan, Ramai Jatuh Hati – ‘Sangat Cantik Ciptaan Allah’
Artikel Berkaitan: Tak Pernah Tayang Kemewahan, Gaya Hidup Fazura Dipuji Netizen – ‘Kaya & Humble’
‘Bersyukur je tak jadi macam mereka’

Menerusi potongan klip siaran langsung di Instagram, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 43, menjelaskan dia tidak berasa marah dengan kecaman yang diterima.
Malah menurut Fazura, perkara itu langsung tidak memberi sebarang kesan kepadanya.
Kita perlu bersyukur saja tidak jadi seperti orang begitu (suka kecam).
Saya tidak perlu marah sebab tidak terkesan pun (dengan komen kecaman).
Apabila saya dengar saya macam okay saja, biarlah mereka mahu kata apa pun.
Tidak salah jika saya mahu memegang muka atau menunjukkan kasih sayang terhadap kenalan, asalkan saya tidak mengganggu orang lain.
Sebelum ini, netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan aktres itu yang bertindak untuk menyentuh muka setiap individu yang dijumpainya.
Sumber: Threads








