
Seorang murid lelaki berusia 10 tahun menderita akibat gegaran otak selepas didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama, di Johor, Februari lalu.
Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Pernah Ditampar Kerana Pertahankan Rakan Sekolah Daripada Dibuli – ‘Saya Bukan Seorang Yang Berdiam Diri’
Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Didik Anak Berdikari Elak Buli & Kawal Penggunaan Gajet – ‘Hayla Lantang, Dia Akan Balas Komen Negatif’
Dipaksa berbogel

Memetik laporan MalaysiaGazette, insiden buli itu didakwa berlaku apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun melepaskan amarah terhadap mangsa kerana berang cintanya ditolak oleh kakak mangsa.
Sementara itu, ibu mangsa iaitu Siti Suhana Misdi, 39, mendakwa anak lekakinya, Izzul Islam Azuan Isaidi, 10, dipukul, ditendang, dihentak kepala serta dipaksa berbogel oleh pelaku pada 21 Februari lalu.
Anak saya dipukul murid lelaki berusia 12 tahun termasuk ditendang, dihentak kepala bahagian kiri dan kanan serta dipaksa bogel.
Murid berusia 12 tahun itu berbuat demikian kerana dipercayai tidak berpuas hati dengan anak perempuan saya iaitu kakak kepada mangsa yang menolak cintanya.
Difahamkan, mangsa yang juga merupakan pesakit kanser hidung Adenoid cystic carcinoma (ACC) kini berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan lain kesan daripada kejadian buli itu.
Anak saya menerima rawatan di sebuah hospital swasta di bandar raya ini mulai 12 hingga 26 Mac lalu.
Dia disahkan mengalami gegaran otak dan saya hanya dimaklumkan kejadian itu (aduk dibuli) oleh anak perempuan saya pada 24 Mac lalu.
Dibuli kali kedua

Siti Suhana bagaimanapun kecewa apabila difahamkan kes berkenaan tidak sesuai dibuka kertas siasatan.
Pelaku tidak diambil tindakan dengan alasan bawah umur dan mungkin bertindak dengan akal tidak waras.
Sehingga kini saya tidak berpuas hati kerana kesan pada anak saya amat mendalam, dia mengalami gegaran otak hingga tidak mampu menumpukan perhatian kepada pelajaran mahupun terbabit dalam sukan.
Tambah Suhana, anak lelakinya itu turut menjadi mangsa buli kali kedua pada 7 Ogos lalu di sebuah sekolah kebangsaan di Skudai, hingga terpaksa dimasukkan ke hospital Isnin lalu.
Anak saya mengadu pelaku berbeza memukulnya dengan menggunakan tangan di bahagian kepala ketika berada di sekolah kebangsaan tersebut.
Saya tidak pasti mengapa anak saya menjadi mangsa dan adakah dia dilihat seorang yang lemah kerana berpenyakit hingga diperlakukan demikian.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata, aduan Siti Suhana berada dalam tindakan pihaknya dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor.
Sumber: Malaysia Gazette







