
Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi mengesahkan perceraian penyanyi Zehra Zambri dengan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin, apabila talak satu raj’ie dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Wan Nuruldin Wan Hussain, pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Suami Zehra Zambri Didakwa Culas Tanggungjawab Nafkah, ‘Ghaib’ Tak Balas Mesej
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sudah Sedia Ceraikan Zehra Zambri’
Sah bercerai

Ketika ditemui OhBulan!, Iqwan meluahkan rasa syukur kerana proses perceraiannya dengan Zehra berjalan dengan lancar.
Kami dah bercerai talak satu secara raj’ie.
Alhamdulillah, tak ada sebarang masalah. Cuma, saya tak pasti apa naratif Zahirah sekejap lagi.
Saya takut juga kalau tiba-tiba period lagi sekali kan. Tapi alhamdulillah.
Sementara itu, Zehra meluahkan rasa lega dan syukur selepas segala urusan di mahkamah yang berlangsung sejak lima bulan lalu akhirnya selesai.
Alhamdulillah, 20 Ogos 2025 selesai semuanya. Setelah berbulan-bulan saya turun naik mahkamah ya untuk failkan perceraian ni.
Saya rasa sedikit beban itu sudah hilang dan banyak perkara boleh saya rencanakan selepas ini untuk kehidupan saya dan anak.
Perlukan masa

Mengulas lanjut, Zehra berkata dirinya kini memerlukan masa untuk memulihkan keadaan emosi dan memberi sepenuh fokus kepada dirinya dan keluarga.
Saya perlukan masa untuk pulihkan diri dan berdamai dengan takdir ini. InsyaAllah saya akan memajukan diri, cari kembali semangat yang hilang dan memulakan kehidupan baru.
‘Saya mampu, saya akan boleh bangkit semula.
Pada 13 Ogos, Majlis Tahkim memutuskan tiada persefahaman antara kedua-dua mereka dan diputuskan untuk bercerai.
Mahkamah Syariah Hulu Langat kemudian terpaksa menangguh proses lafaz talak disebabkan Zehra berada dalam keadaan tidak suci dan menetapkan 20 Ogos sebagai tarikh baharu.
Pada Mac lalu, Zehra memfailkan permohonan cerai secara ‘fast track’ terhadap Iqwan selepas lebih tiga tahun berusaha mempertahankan rumah tangga mereka, tetapi gagal.
Untuk rekod, Zehra dan Iqwan berkahwin pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zahiyah Iqleela, yang kini berusia dua tahun.







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)