Peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 oleh Tun Dr Mahathir tempoh hari telah menimbulkan tanda tanya. Ramai yang mula membuat ‘teori’ disebalik kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, tak kurang juga ada yang mengkritik peletakan jawatan Tun Mahathir.
Terbaru, Tun Mahathir mendedahkan punca sebenar beliau meletak jawatan sebelum dilantik semula sebagai Perdana Menteri Interim.
Krisis politik bermula apabila…
Tun Mahathir menerusi laman Facebook rasminya mendedahkan perihal politik susulan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Malah, dia turut menyifatkan tindakan peletakan jawatan tanpa sebab adalah tidak masuk akal sama sekali.
Perdana Menteri mendakwa krisis politik bermula apabila saya, Mahathir Mohamad letak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Benarkah, tiba-tiba tanpa sebab saya letak jawatan? Saya yang kononnya disokong oleh parti Kerajaan dan parti lawan, termasuk Najib Tun Razak dan beberapa lagi yang sedang dibicara atas tuduhan rasuah menyokong saya? Ini tidak masuk akal.
Saya tidak dapat majoriti
Mantan Perdana Menteri itu menceritakan proses peletakan jawatan tersebut adalah disebabkan dia tidak memperolehi sokongan dari penyokongnya. Malah, peletakan jawatannya itu turut diterima sehinggakan dia dilantik sebagai Perdana Menteri Interim (sementara).
Yang benar ialah saya letak jawatan kerana dalam pengakuan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong saya tidak dapat sokongan dari penyokong saya. Saya tidak dapat majoriti dan tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri. Di Istana peletakan jawatan saya diterima. Saya diarah pegang jawatan Perdana Menteri buat sementara.
Siapa yang akan ganti saya. Rakyat bosan dengan orang politik yang lebih utama politik dari pentadbiran yang baik. Saya cadang diadakan satu Kerajaan Nasional yang bukan orang politik yang berpengetahuan juga akan menyertai Kerajaan. Orang parti juga akan menyertai Kerajaan tetapi sebagai orang biasa yang tidak tertakluk kepada agenda parti mereka. Tetapi cadangan saya ditolak. Saya pun letak jawatan. Dan berlarutanlah krisis ini. Saya tidak tahu bila ia akan tamat?
Bukan kuasa atau kepentingan peribadi
Sementara itu, Syed Saddiq menerusi Facebook rasminya turut mengambil kesempatan meluahkan ucapan penghargaan kepada staf Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Apabila kita berhadapan dengan situasi yang menuntut kita untuk memilih, ingat, sentiasalah memilih yang boleh mengangkat nilai moral dan integriti kita, bukan kuasa atau kepentingan peribadi.
Ia tidak mudah. Ia tidak senang. Tetapi, setiap satu pilihan yang kita lakukan mencerminkan diri kita sebagai seorang insan. Saya telah memilih apa yang saya kira, terbaik untuk negara.
We’re a team, a family
Dia bersyukur kerana diberi kesempatan untuk dirinya mentadbir dan belajar dari pengalaman demi keutamaan para atlet negara.
I love Malaysia, from the bottom of my heart. Saya sentiasa bersyukur kerana diberikan peluang mengemudi Kementerian Belia dan Sukan bersama saudara YB Steven Sim. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam yang telah banyak mengajar saya, membantu dan sama-sama mengangkat peranan belia dan kebajikan atlet.
Kejayaan KBS adalah kerana kamu semua. We’re a team, a family. Terima kasih KBS! I will miss you.
Sumber: Tun Mahathir, Syed Saddiq