Hari ini viral di media sosial luahan hati Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang terkilan dengan prestasi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safawi Rasid. Malah, TMJ turut mengaitkan kemerosotan itu berpunca dari teman wanitanya, Syifa Melvin.
Tak tahan dikritik ramai, Syifa Melvin tampil pertahankan diri. Menurutnya, dia menafikan apa yang diperkatakan orang ramai mengenai dirinya yang memaksa Safawi berkahwin hingga memberikan tekanan kepadanya.
Tak pernah paksa kahwin
Menurut pelakon tersebut, tuduhan TMJ terhadapnya adalah tidak berasas dan dia menafikan dirinya penyebab kepada aksi longlai Safawi dalam tiga aksi kompetatif skuad Harimau Selatan setakat ini.
Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah , Allah Maha Adil.
Tambahnya lagi, dia tidak pernah memberi tekanan kepada pemain kebangsaan yang memiliki kehebatan kaki kiri itu untuk berkahwin hingga menyebabkan Safawi hilang fokus.
Walau bagaimanpun, Syifa memadam post tersebut di Instagram Story miliknya. Sebelum ini, hubungan kedua-dua merpati sejoli ini tidak perlu dirahsiakan lagi apabila Syifa pernah beberapa kali meluahkan tentang hubungan cintanya bersama pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu.
Saya cari duit sendiri
I didnt open my mouth since benda ni tular.. and i taktau macam mana dorang press ni dapat cerita? Since ramai yang menghentam.. let me spill the tea.I ve been working my ass off cari duit sendiri tidur tak cukup apatah lagi rehat tak cukup just for the sake of nak biayai diri dan menampung perbelanjaan diri sendiri, tak pernah sekali mintak duit “dia” untuk sara hidup… Dia pun kenal Syifa macam mana. Part paksa kahwin, demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, cuma dia sahaja tahu.
Dia tak perform atas padang tak kena mengena dengan soal personal. Sekali pun Syifa tak pernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan. Taktau pulak boleh jadi besar macam ni. Terima Kasih kepada yang komen maki,hina atau puji. Syifa doakan korang jangan melatah dengan apa yang korang baca, yang mengalami dan rasai hanya kami berdua.. Semoga semua dalam lindungan Allah swt.
Minta maaf
Great win last night JDT@officialjohor . Dalam masa yang sama saya ingin mintak maaf terhadap prestasi saya dan saya akan cuba tingkatkan tahap prestasi saya , inshaallah next game saya cuba bagi lagi yang terbaik untuk Team. Tanpa ada sokongan dari anda semua , belum tentu saya boleh berada pada tahap ini. #teruskanusaha #jgncepatputusasa
Dalam pada itu, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid turut meminta maaf menerusi Instagram miliknya. Dia turut berjanji akan meningkatkan prestasi di masa akan datang.
Ramai beri sokongan