Kes penyakit melibatkan wabak Covid-19 di Malaysia semakin meningkat naik sehingga menjadikan Malaysia mencatat kes paling tinggi di Asia Tenggara. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha pihak berwajib telah dilakukan bagi menangani masalah penyebaran wabak ini. Antaranya ialah banyak program yang melibatkan orang ramai terpaksa dibatalkan.
Menerusi Instagram Dr Maza, hasil perbincangan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah bersetuju dengan cadangan penutupan sementara masjid-masjid.
Masjid ditutup 10 hari
https://www.instagram.com/p/B9xh6W7F_Re/
Tambahnya lagi, masjid-masjid harus ditutup sementara selama 10 hari. Hal ini termasuk segala aktiviti dalam masjid dan solat jumaat terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Jika terdapat penamatan atau perlanjutan tempoh penutupan sementara ini, ia akan dimaklumkan semula. Pengumuman rasmi berkenaan isu ini akan dibuat tidak lama lagi.
Masjid kena tutup mula meroyan
Terdapat segelitir komen yang mempersoalkan penutupan sementara masjid walhal pusat hiburan masih beroperasi. Namun begitu, ada yang menerangkan mengapa keputusan ini harus dilakukan oleh pihak JAKIM dan KKM.
Sumber: Dr Maza