Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di lebuh raya Plus arah Senawang. Namun, si pelaku yang terlibat dalam kemalangan maut itu bersikap tidak bertanggungjawab dengan melarikan diri. Maklumat mengenai si pelaku langgar lari yang diketahui ialah sebuah kereta pacuaan 4 roda yang tidak di ketahui modelnya.
Tambah menyedihkan lagi, adik arwah, Nur Khadijah, meluahkan rasa sedih atas pemergian arwah di Facebook. Mereka sekeluarga mempunyai hubungan yang sangat rapat, kehilangan arwah memberi kesan yang mendalam kepada keluarganya. Adiknya mohon agar si pelaku menyerahkan diri dan bertanggungjawab atas kejadian tersebut.
Keluarga kami semuanya rapat
Dalam keluarga kami, tiada istilah ipar duai, kami semua adik beradik, anak beranak. Semuanya rapat, gaduh macam mana sekali pun akan balik ke keluarga juga akhirnya. Memang rapat sangat. Setiap weekend akan berkumpul satu rumah, takbuat apa pun. Kadang kadang tengok netflix order foodpanda atau grabfood je. Kadang datang minta makan, tolong masakkan. Ada je. Setiap event mesti kami akan berkumpul, raya, birthday, first day. Semua lah. Abang Kecik pun sentiasa ada. Raya cina tahun ni kami buat steamboat, Abang Kecik buatkan sos istimewa untuk kami, tapi tertinggal pula sanggup dari sg besi balik ke kajang untuk amek sos je untuk bagi semua orang rasa.
Baru kahwin 4 tahun kehilangan suami
Tapi kalini gathering kami lain sikit, kami berkumpul untuk hantar Abang Kecik untuk ke tempat rehat dia selama lamanya. Patah hati kami bila tengok Abang Kecik diangkat. Sakit hati kami bila tengok arwah luka macamtu. Pedih hati kami bila tahu orang yang menyakiti abang kami tak berhenti pun untuk melihat orang yang dia langgar, apatah lagi mengaku. Lagi patah hati kami bila tengok adik, kakak dan anak kami yang baru berkahwin 4 tahun kehilangan suaminya. Baru nak celebrate anniversary mereka bulan depan. Dah siap beli hadiah untuk masing masing. Abang Kecik memang setiap tahun akan buat surprise untuk Tya. Kami tahu dia sayang Tya Attirah.
Kenapa baling tanah dekat daddy?
Hancur hati kami bila anak kami tanya “mana daddy keisha?” “Kenapa baling tanah dekat daddy keisha? Kotorlah daddy nanti”. Bukan senang untuk kami untuk menjelaskan kepada anak kami yang baru berumur 4 tahun yang daddynya sudah rehat. Daddy dah takboleh balik bersama Keisha lagi. Tapi Keisha pandai, dia kata “Daddy jatuh motor kan?” “Daddy dekat cloud dengan Allah kan? Cloud jauh sangat dekat atas kan?” Allah.. memang anak daddy kamu ni Cha. Dada berombak, tangan tak berhenti menguis baju Mama Nathasha Dhabitah, tapi air mata satu pun tak jatuh. Pandai sangat. Tenang je.
Hilang tempat bergurau
Kami kehilangan Kecik Amir Hamzah yang kami sayang. Mama dan Papa hilang anak yang selalu datang hantar Keisha jadi peneman dan selalu minta Mama masak. Teman Mama beli barang dapur. Keisha kehilangan daddy yang sentiasa ada dengan dia. Semua orang tau Abang Kecik sangat sayang Keisha. Keisha segalanya buat Abang Kecik. Tya kehilangan suami yang sentiasa menyediakan segalanya untuk dia. Abang Kecik sentiasa siapkan makan minum Tya, pakai takpernah takcukup alhamdulillah. Kami kehilangan adik beradik tempat kami bergurau. Sentiasa quote lagu “Ikan masin, sotong kering, aku taksuka kau, kau ikan masin!” Adik beradik kami yang kelakar dan one-liner man. Sentiasa menyengih. Gelaknya signaturenya. Lembut percakapannya. Penyabar orangnya.
Harap pelaku tampil buat pengakuan
Kami merayu kepada warga netizen untuk jangan berhenti share post kami, agar si pelaku dapat di kesan. Kami faham ajal maut di tangan Tuhan, tapi kami harap si pelaku akan tampil untuk membuat pengakuan. Jangan seksa kami yang tidak tahu tentang apa yang terjadi kepada keluarga kami yang kami tiba tiba kena kebumikan. Arwah meninggalkan isteri yang berumur 28 tahun dan anak kecil berumur 4 tahun. Kami layak mendapat penutup dan penjelasan dari anda. Jangan berhenti share post kami. Terima kasih dari kami sekeluarga.
Sumber: Nur Khadijah