Ekoran penularan wabak Covid-19 yang semakin serius, kerajaan telah memutuskan untuk Perintah Kawalan Pergerakan. Jumlah kes di Malaysia ialah sebanyak 622 kes dan 2 kes kematian dicatatkan semalam. Namun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia turut berjaya memulihkan beberapa individu yang telah positif wabak ini.
Antara pesakit Covid-19 yang berjaya pulih ialah Farah Salwani yang merupakan Pegawai Tadbir Diplomatik. Dia turut berkongsi pengalaman sebagai pesakit Covid-19 yang telah ditahan di wad selama 12 hari di Instagram miliknya. Baginya, orang ramai tidak seharusnya panik dan perlu memberi kerjasama kepada KKM untuk menangani penularan wabak ini.
5 kali jalani ujian swab
Menurutnya, dia telah berjaya dibebaskan dari Hospital Kuala Lumpur selepas 5 kali menjalani ujian swab. 2 daripada 5 ujian tersebut menunjukkan dia negatif Covid-19. Ujian swab itu merupakan prosedur yang perlu dilakukan pihak hospital sebelum membebaskan pesakit yang telah kembali pulih. Tambahnya lagi, tiada ubat yang diberikan, hanya pemantauan tekanan darah dan suhu badan. Ahli keluarga terdekanya turut dikuarantin selama 14 hari di rumah. Pihak KKM akan menghubungi individu-individu yang rapat dengannya untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Dia mengikut arahan KKM dengan memberitahu kenalan rapat yang sering bertermunya.
Dikawal rapi jururawat & doktor
Di hospital, dia telah diletakkan dalam satu bilik di mana tiada sesiapa yang dibenarkan keluar masuk kecuali doktor dan jururawat. Tingkap dan pintu ditutup rapi, hanya udara dari penghawa dingin yang menemaninya. Pada ketika itu, dia turut mengalami masalah selera makan dan lenguh-lenguh badan. Selain itu, dia turut menghadapi kesukaran bernafas dan perlu memakai oksigen secara sendiri setelah belajar dari jururawat. Hal ini kerana doktor dan jururawat yang bertugas terlampau sibuk. Setiap 72 jam, keputusan ujian swab bakal diketahui, jika keputusan negatif secara 2 kali berturut-turut, pesakit bakal dibebaskan.
Tiada penawar Covid-19
Menurutnya lagi, penyakit Covid-19 ini memang tiada ubat atau antibiotik. Jika pesakit deman, dia akan diberikan ubat kumur dan jika suhu demam melebihi 38.5, maka PCM akan diberikan kepada pesakit. Antibodi sendiri yang bertindak melawan virus Covid-19 ini. Ditahan di hospital semata-mata untuk dikurung dan diperhatikan oleh doktor.
Simptom berbeza ikut individu
Simptom pesakit Covid-19 ini berbeza mengikut individu. Hal ini kerana bergantung pada tahap diri masing-masing. Mental seseorang pesakit perlu kuat bagi melawan penyakit di dalam badan.
Barang dari ahli keluarga boleh dikirim
Walaupun ditahan di wad, ahli keluarganya masih memberinya makanan sempena hari lahirnya. Walaupun segala makanan hanya boleh dikirm melalui jururawat bertugas, dia bersyukur kerana mampu meraikan hari lahirnya.
Jangan ambil mudah wabak ini
Rumah turut disinfect oleh KKM
Sumber: Farah_Salwani