Wabak Covid-19 yang telah merebak ke seluruh negara sungguh mebimbangkan. Indonesia juga tidak terkecuali dengan penularan wabak ini. Setakat ini, laporan CNN Indonesia mengatakan bahawa 2 kes kematian yang baru dicatatkan pada hari ini. Jumlah keseluruhan kes kematian berkait dengan virus Covid-19 ini telah mencatat jumlah 7 orang di seluruh Indonesia.
7 kematian setakat ini
Ada tujuh sekarang, tetapi esok mungkin makin bertambah.
Satu dari Jawa Tengah, satu lagi ditemui tetapi saya belum diperiksa.
Menurut Achmad Yurianto selaku jurucakap kerajaan khas untuk virus Covid-19, jumlah pesakit yang maut akibat wabak ini telah meningkat kepada 7 kematian. Sebelum ini hanya terdapat lima pesakit yang telah meninggal dunia. Salah seorang mangsa yang maut adalah dari Semarang, Jawa Tengah.
172 kes Covid-19 dicatatkan
Dia meninggal dunia selepas saya berucap.
Tambahnya lagi, dia hanya mengetahui penambahan kes kematian dari wabak Covid-19 ini selepas sidang media yang diadakan pada selasa petang. Baginya, ia bukan satu masalah kerana data pesakit sememangnya dinamik. Indonesia telah mencatat kes Covid-19 dengan jumlah 172 kes iaitu sebanyak 38 kes baru.
Sumber: CNN Indonesia