
Anak kepada pasangan pelakon, Linda Hashim dan Beego iaitu Anggun Cassandra dimasukkan ke hospital selepas mengalami lecur akibat terkena air panas.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pakai Tudung, Kenapa Daddy Expose Sekarang?’ – Anak Tegur Beego ‘Upload’ Video Lama
Artikel Berkaitan: Linda Hashim Tak Halang Beego Beraya Dengan Anak – ‘Boleh Sahaja, Janji Kita Berbincang’
Melecur kena air panas

Berita itu dikongsikan sendiri Linda dan Beego menerusi perkongsian di Instagram masing-masing.
Mohon segala doa kesembuhan untuk anak saya Anggun Cassandra yang melecur terkena air panas.
Sementara itu, Linda yang berkongsi video dirinya di dalam ambulans memaklumkan terpaksa berlakon menjadi kuat di hadapan anaknya yang sedang menahan kesakitan.
Kali ini mommy tak kuat tapi acah-acah kuat depan Anggun.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat Anggun serta mengharapkan agar anak kedua kepada Linda dan Beego itu segera sembuh.
Komen netizen

Sumber: IG Beego, IGs Linda Hashim








