Pasangan doktor selebriti, Dr. Say Shazril dan Dr. Azura Abas meraih pujian ramai apabila kelihatan kekal cantik dan bertenaga meski usia sudah menjangkau lewat 30-an.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Komitmen Bulanan Cecah RM35k, Dr Say Dedah Beban Kewangan Sebenar Di Sebalik Gaya Hidup

Artikel Berkaitan: Penampilan Dr Say & Isteri Di Hyrox Jadi Perhatian, Netizen Tegur Soal Aurat

Kongsi tip jaga badan

Menerusi TikTok, pasangan pempengaruh ini tampil berkongsi tip penjagaan diri yang diamalkan mereka berdua.

Ujar Dr. Say dan isterinya, antara amalan yang dilakukan mereka adalah dengan menjaga pemakanan serta menjaga waktu tidur.

Apa yang kami amalkan ialah pemakanan yang sihat dan seimbang. Dalam makanan kami wajib ada sayur atau sekurang-kurangnya separuh ‘portion’ ada sayur.

Yang kedua ialah bersenam kerana bersenam memang akan melambatkan penuaan.

Dan yang ketiga ialah tak boleh stres. Jadi, korang kena kurangkan stres.

Selain kesemua itu kami juga mengamalkan pengambilan ‘supplement’ dan juga menjaga tidur. Tujuh jam tidur yang berkualiti itu wajib.

Di akhir perkongsian, Dr. Say dan Dr. Azura menitipkan pesan kepada orang ramai untuk sentiasa berusaha melatih diri melawan rasa malas demi mendapatkan kehidupan yang lebih sihat.

Tahun ini saya berusia 37 tahun dan Doktor Azura berusia 36 tahun.

Betul, kami dah tua cuma bila sebut umur dan beritahu kami dah beranak tiga ramai yang tak percaya.

Apa yang penting kita kena belajar merdekakan diri kita dari rasa malas supaya kita boleh jaga diri dan sihat untuk keluarga.

Video

@say_shazril0

Siapa kata kami tua meh sy babap, kami baru 20-an la ahaha. Sy rasa sebab mak ayah kami elok jadi kejadian kami pun elok lah juga ahahaha. Melawak2 semua kami share dalam video ni dengar sampai habis sebab yg last paling penting. Its all about balance. Nak cantik kena usaha sikit. Lagi lagi nak Merdeka ni, merdeka-kan sikit mindset saying lepas jadi mak bapak aku game over dah. Jaga diri kita supaya anak2 kita look up kepada kita dengan Swisse supplements k peeps? @swissemalaysia #swissemy #swissesupplement #astaxanthinglutathioneplus #biotinvitccomplex #shinebright

♬ original sound – say_shazril – say_shazril

Sumber: TikTok Dr. Say