Anak kepada penyanyi Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ehmad Hadie Elfardie berkongsi kisah ketika menjadi mangsa buli.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadie Mohon Maaf, Minta Netizen Henti Kecam Ina Naim – ‘Ibu Buat Semua Itu Sebab Saya’

Artikel Berkaitan: Anak Arwah Suhaimi Saad Nak Sambung Legasi Bapa – ‘Dalam Nyanyian Boleh Selit Dakwah’

Mangsa buli

@kidsshop_4

Replying to @nur.aishah523 sedih part ni 🥺 nak video lagi komen tau korang ! #hadie #buli #sekolah #student #tahfiz

♬ original sound – mommy sue – mommy sue

Menerusi sesi siaran langsung, Hadie mendedahkan beberapa kejadian buli yang berlaku ketika dia di bangku sekolah.

Dakwa Hadie, dia turut mengalami kecederaan fizikal iaitu semasa rambutnya ditarik oleh senior sekolah terbabit.

Kena buli dekat sana, mereka suruh saya makan rumput, baling batu.

Paling teruk sekali saya dicampak dalam kolam ikan keli.

Pada ketika itu saya sedang tengok orang memancing, ada seorang abang (pelajar di situ), dia suruh saya makan rumput.

Dia kata kalau tak nak dia nak tolak saya dalam kolam ikan. Saya lari tapi dia dapat tangkap.

Kami tak ada kawan di situ.

Ada juga yang tarik (rambut) saya dan luka di kepala.

Naluri bapa

@kidsshop_4

Sebagai ibu memang sedih bila anak pernah kena buli , time tu anak takot nak bagitau 😭 #hadie #inanaim #malaysia #viral #trending

♬ original sound – mommy sue – mommy sue

Bercerita lanjut, Hadie berkata, arwah bapanya mempunyai naluri yang kurang baik lalu dia bertindak untuk menjenguk Hadie dan adiknya Sallman di sekolah berkenaan.

Masa itu arwah ayah saya dia ada instinct (naluri) dan tak sedap hati.

Mak saya beritahu, ayah dekat rumah pun tidur tak nyenyak sebab risaukan anak dia.

Ayah dan ibu datang jumpa kami. Sepatutnya kena belajar dulu sebulan dekat situ baru ibu bapa boleh tengok.

Ayah saya tanya Sallman sama ada dia okay atau pun tidak tapi dia senyap sahaja.

Saya cakap dekat ayah saya, sini tak okay. Tapi saya tak cakap saya kena buli sebab takut kalau mereka (pembuli) tahu.

Sumber: TikTok