Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mengumumkan rakyat Malaysia yang balik dari luar negara bermula semalam dikuarantin bagi mengawal penularan wabak COVID-19 di negara ini. Beberapa netizen yang dikuarantin berkongsi fasiliti yang disediakan di laman sosial membuatkan ramai memuji dengan khidmat cekap kerajaan.
Dibawa ke AKEPT selepas mendarat
Kalau macam ni tempat quarantine duduk 2 bulan pun takpe.
Video from ws pic.twitter.com/L05q2hY2QL
— namastedafakaway (@afieffirdaus) April 3, 2020
Salah satu pusat kuarantin disediakan kerajaan adalah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), yang terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Salah seorang warga Malaysia yang kini dikuarantin di sana, Sopi Mazlan memuatnaik video berkenaan fasiliti dan layanan sepanjang dikuarantin di sana.
Institut Aminudin Baki turut jadi pusat kuarantin
every student were given their own room, with TV, air conditioning, water heater, and study table. Beyond what we expected. ? KKM did a good job. #QuarantineLife #AWANInews #COVID19 #malaysia #jakarta pic.twitter.com/0ILAS38iSK
— TheArcgcentic (@pavithamuhan) April 2, 2020
Turut menurut arahan kuarantin adalah pelajar yang menuntut di Indonesia, Pavitha Muhan yang dibawa pulang pada 2 April lalu. Pavita dan 166 pelajar lain ditempatkan di Institut Aminudin Baki, Nilai, Negeri Sembilan.
Makanan percuma
Barang keperluan diberikan dalam kotak khas
Hargai jasa KKM
Liputan Majalah 3 mengenai pusat kuarantin
Sumber: Pavitha Muhan, Sofi Mazlan, TV3