Sebak melihat situasi yang menyayat hati ini. Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. Upacara pengebumian arwah Ismail Mohamed Abdul Wahab telah dikebumikan di Perkuburan Chislehurst London tanpa kehadiran keluarganya.
Keluarga tidak hadir
Sumber foto: BBC News
Memetik laporan BBC News, keluarga mangsa tidak dapat menghadiri upacara pengebumian anak mereka selepas dua daripada anaknya yang lain turut menunjukkan simptom Covid-19. Ismail Mohamed Abdul Wahab menghembuskan nafas terakhirnya di hospital King’s College pada hari Isnin lalu selepas menjalani ujian saringan.
Ibu dan adik-beradik terpaksa asingkan diri
Sumber foto: BBC News
Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Chislehurst. Ibu dan enam adik-beradiknya yang lain terpaksa mengasingkan diri mereka selepas menunjukkan simptom gejala itu. Manakala, kedua-dua kakak mangsa hanya mengalami gejala ringan termasuk peningkatan suhu dan kehilangan deria rasa.
Mengalami pendarahan jantung
Sumber foto: BBC News
Bagaimanapun, arwah dianggap keluarga sebagai anak yang baik itu meninggal dunia selepas mengalami pendarahan pada jantung. Malah, keluarga ini turut menasihati orang ramai agar mengikuti saranan pihak kerajaan untuk menjaga jarak sosial.
Kelihatan umat Islam setempat juga hadir dan solat jenazah buat arwah Ismail Mohamed Abdul Wahab dan menyaksikan upacara pengebumian itu.
Sumber: Stance Grounded, BBC News