![[VIDEO] Aliff Syukri Kagum Dengan Sally Whoo – ‘Aura Dia Kuat, Pelapis Pempengaruh Generasi Muda’](https://asset.ohbulan.com/2025/10/sally-aliff-syukri.jpg)
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan Sally Whoo sebagai salah seorang pempengaruh yang memiliki pengaruh serta aura luar biasa.
Artikel Penuh: Aliff Syukri Tewaskan Khairul Aming, Rampas Takhta Jualan Tertinggi Penstriman Langsung
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri & Isteri Hadiahkan Porsche Kepada Ammar Ahyan – ‘Solat Jangan Tinggal’
Shahida mula ‘follow’ Sally

Menurut Aliff, 38, dia mula mengenali Sally menerusi isterinya, Datin Shahida, yang telah lama mengikuti sejak penglibatannya dalam dunia solekan.
Saya memilih untuk bekerjasama dengannya kerana isteri saya memang meminati Sally. Jujurnya, dua tahun lalu saya tidak mengenalinya, tetapi isteri saya pernah berkata yang auranya sangat kuat.
Dalam ramai-ramai pempengaruh, Sally paling menyerlah.
Tambah Aliff yang merupakan ‘nominees’ untuk Usahawan Paling Viral OhBulan!, sebelum ini dia mengakui kurang memahami cara berinteraksi di platform TikTok.
Namun selepas bertemu dengan Sally, dia melihat sebagai pelapis generasi baharu pempengaruh yang memiliki daya penarik tersendiri.
Dia mempunyai jumlah pengikut yang sangat ramai walaupun bukan dari kalangan pelakon atau penyanyi. Fokus saya adalah kepada golongan muda.
Saya amat berbesar hati dan senang bekerjasama dengannya. Saya gemarkan individu yang mempunyai keunikan tersendiri. Sebelum ini saya juga pernah berkolaborasi dengan beberapa selebriti.
Rezeki anak-anak kembar

Sementara itu, Sally yang pernah dinobatkan sebagai Tiktokers Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH) menyifatkan peluang berkolaborasi dalam penghasilan produk beg tangan ini sebagai rezeki buat anak-anak kembarnya.
Saya benar-benar terkejut apabila menerima tawaran daripada Datuk Seri Aliff. Saya bukan sesiapa, dan ini merupakan kali pertama saya terlibat dalam kolaborasi untuk produk beg tangan.
Sebelum ini, kebanyakan kolaborasi saya lebih tertumpu kepada produk solekan.
Saya anggap ini sebagai rezeki anak-anak kembar. Tawaran ini datang secara mengejut dan di luar jangkaan.
Tak pernah terlintas di fikiran saya akan berpeluang bekerjasama dengan Datuk Seri Aliff. Sejak kecil, saya hanya melihat Datuk Seri Aliff di kaca televisyen sahaja.
Gabungan cita rasa elegan Datuk Seri Aliff bersama sentuhan trendy dan berani dari Sally Whoo menjadikan setiap rekaan beg tampil eksklusif, moden dan penuh keperibadian.
Lebih menarik, koleksi AS x Sally bukan sekadar aksesori gaya, tetapi simbol keyakinan dan keanggunan wanita masa kini.
Setiap rekaan dihasilkan dengan teliti menggunakan material berkualiti tinggi bagi memastikan ketahanan dan keselesaan pengguna, seiring dengan slogan beg AS yang terkenal dengan slogan ‘Designed From The Heart’ & ‘Sentiasa Bersamamu.’
Bakal menampilkan enam koleksi beg tangan eksklusif antaranya Samma Medium, Rica, Roca, Mamma, Stela dan Stely, jualan koleksi ini akan berlangsung sepanjang bulan Oktober hingga Disember tahun ini.
Setiap koleksi ditawarkan pada harga mampu milik, sekitar RM75 hingga RM85 sahaja.
Koleksi ini bakal dijual secara rasmi melalui rangkaian agen dan stokis sah di seluruh Malaysia, selain turut ditawarkan menerusi platform penstriman langsung rasmi AS seperti TikTok Shop dan Shopee Live pada tarikh yang akan diumumkan tidak lama lagi.






