Sebelum ini, penyanyi Bella Astillah hanya memberi bayangan bahawa dia sudah merujuk kembali bersama bekas suaminya Aliff Aziz. Namun kini, dia telah mendedahkan bahawa dia telah merujuk kembali bersama Aliff semasa tempoh iddah. Lebih mengejutkan lagi, dia kini hamil anak kedua.
Rujuk dalam tempoh iddah
Menerusi Instagram miliknya, dia menjawab persoalan peminat berhubung hubungan dia bersama Aliff. Menurutnya, dia tidak perlu bernikah semula bersama suaminya kerana telah rujuk sebelum tamat tempoh iddah.
Tak serik ke?
Terdapat peminat yang bertanya mengenai jika suaminya membuat masalah seperti dahulu, adakah dia tidak serik dengan perkara yang berlaku? Bella menjawabnya dengan tenang dan mengatakan dia hanya tawakal serta hanya mampu merancang sebaik mungkin. Segalanya akan ditentukan Allah S.W.T.
Tahniah Bella, jaga kesihatan
Rata-rata peminat gembira dengan berita kehamilannya dan mendoakan agar dia sentiasa sihat di sampang suami.
Sumber: Bella Astillah