
Pelakon versatil, Ummi Nazeera mengakui bukan mudah untuk menjayakan watak dalam drama terbaharunya yang berjudul, ‘Saat Aku Tahu.’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Macam Ini, Lama Sangat Ke Akak Rehat Dari Berlakon’
Artikel Berkaitan: Ummi Nazeera Berehat Daripada Berlakon, Selepas Drama Rindu Kasih 3
Bawa watak berat
Ketika ditemui OhBulan!, Ummi atau nama lengkapnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 35, berkata, karakter yang dibawa kali ini menuntut kekuatan dari segenap aspek kerana plot yang sarat dengan pelbagai konflik.
Menurut Ummi, watak yang dibawa mempunyai lapisan emosi yang kompleks, menjadikan ia antara salah satu naskah paling mencabar sepanjang karier lakonannya.
Naskah ini antara yang sukar untuk saya lakukan kerana ia melibatkan emosi, fizikal dan mental.
Terutama fizikal, saya rasa sangat penat. Ada sedikit babak yang melibatkan aksi.
Watak ini susah untuk dibawakan kerana terlalu banyak lapisan maksudnya kadang-kadang watak ini boleh jadi baik atau jahat.
Maira adalah watak yang tersakiti dan menyakiti, jujur memang penat untuk bermain dengan karakter seperti ini.
Bercerita lanjut, Ummi berkongsi detik yang luar biasa apabila dirinya berdepan dengan perasaan takut yang muncul secara tiba-tiba ketika sedang menjiwai satu babak berat dan menuntut penghayatan mendalam.
Suatu hari ketika saya bawa karakter ini, tiba-tiba saya rasa sangat takut malah sudah lama tidak merasakan seperti itu.
Sebab ia adalah sebuah babak yang menakutkan maksudnya sangat berat kerana saya merasakan watak ini keterlaluan.
Namun graf karakter ini sangat menarik untuk ditonton.
Ummi berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan perdana drama tersebut yang berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tiada sentuhan

Sementara itu, ibu kepada dua orang anak ini menjelaskan bahawa tiada sebarang sentuhan yang dilakukan bersama gandinganya iaitu Hisyam Hamid. Sebaliknya, teknik kamera tertentu digunakan untuk memberi kesan realistik.
Sebagai wanita bertudung pula, Ummi menegaskan bahawa dia tetap menjaga maruah dan batas, selain berharap penerimaan yang baik daripada penonton.
Nak bawa watak ini dalam sebuah naskah yang bertemakan curang bukan mudah kerana pastinya akan ada banyak isu sensitif.
Saya dan Hisyam tak ada sentuhan langsung tetapi banyak kamera trick untuk beberapa babak ‘panas’ dalam drama ini, namun sebagai wanita bertudung saya tetap menjaga batas.
Sejujurnya saya tidak pernah buat begitu, jadi saya harap peminat dan penonton dapat menerima dengan hati yang terbuka.
Untuk info, ‘Saat Aku Tahu’ adalah sebuah drama psikologi romantik tentang kepercayaan, kekecewaan dan dendam dalam hubungan.
Bakal menemui penonton pada 6 November ini, siri 15 episod tersebut akan ditayangkan di platform Viu pada setiap hari Khamis dan Jumaat.
Selain Ummi dan Hisyam, drama ini juga membariskan pelakon-pelakon hebat lain antaranya, Anna Jobling, Luqman Hafidz, Datuk Eizlan Yusof dan Quinneyra Alyssha.





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

