Bagi wanita yang kali pertama mengandung, sudah tentu bermacam perkara difikirkan. Mereka juga asyik berfikir pelbagai kerisauan yang bakal dihadapi termasuk kesakitan ketika bersalin. Tambahan pula, mereka yang bakal melahirkan anak pada bulan Ramadan ini.
Begitulah kebimbangan yang sama dihadapi pelakon Ardell Aryana. Dia dikatakan bakal melahirkan cahaya mata dalam masa terdekat iaitu bulan Ramadan. Kebimbangannya itu turut mendapat perhatian isteri kepada Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir dan pelakon Ramona Zam Zam.
Macam-macam bermain di otak
https://www.instagram.com/p/B_8w_gVnS_v/
Ardell menerusi posting di laman Instagram meluahkan rasa kerisauan untuk melahirkan anak tidak lama lagi. Macam-macam perkara yang difikirkannya termasuk terberanak di dalam kereta, air ketuban terpecah sendiri, dan suasana di dalam labour room.
Pelakon wanita ini juga meminta tips dan perkongsian pengalaman dari pengikutnya yang pernah alami detik-detik pertama kali mengandung.
Banyak belajar teknik pernafasan
Bagaimanapun, kerisauan Ardell itu turut mendapat respon daripada Deena Emir. Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan yang pernah bersalin ketika di bulan Ramadan tahun lalu turut berkongsi beberapa tips.
Paling penting untuk para ibu adalah belajar teknik pernafasan yang betul. Selain itu, jangan tengok video yang ada kaitan dengan proses bersalin kerana berpotensi undang ketakutan dalam diri anda.
Kesakitan semasa bersalin perlu diakui. Malah, dia turut memberi tips posisi supaya ibu bersalin tidak mengangkat bahagian punggung dan ‘push’ sekuat hati.
Kehadiran suami banyak membantu
Sementara itu, pelakon Ramona Zam Zam turut memberi tips dan kata-kata semangat buat Ardell. Ramona menasihati untuk semua para ibu bertenang apabila menghadapi situasi ini buat kali pertama. Setiap dari kita akan melalui pengalaman yang berbeza.
Malah, kehadiran suami disisi semasa di dalam labour room amat membantu. Tujuan si suami di situ akan cuba tenangkan isterinya bertarung nyawa melahirkan anak.
Apa-apapun, kita mendoakan agar Ardell selamat melahirkan cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Sumber: Ardella Aryana