Pelakon, Kamal Adli menasihati individu yang didakwa sedang rapat dengan isterinya, Uqasha Senrose supaya tidak mencampuri urusan rumah tangga mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uqasha Senrose Sudah Berbincang Dengan Keluarga Kamal Adli Untuk Perbaiki Rumah Tangga – ‘Saya Nak Selamatkan Diri Dari Kemudaratan’

‘Uqasha masih isteri saya’

Kamal atau nama lengkap Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, menegaskan dirinya masih suami yang sah kepada Uqasha dan berharap orang luar menghormati hal peribadinya.

Sebagai suami, saya nak pesan bukan untuk orang luar atau keluarga dia, tetapi kepada orang yang cuba rapat dengan isteri saya.

Cuma ingin ingatkan, Uqasha masih lagi isteri saya yang sah dan saya suami dia yang sah. Tolong faham ya dari segi agama. Saya bukan tujukan kepada keluarganya.

Bukan (orang ketiga), tiada. Saya tidak berkata begitu, saya cuma ingin berpesan, perlu beritahu kerana perkara ini penting dari sudut hukum agama.

Sementara itu, Uqasha menegaskan tiada mana-mana pihak luar yang terlibat seperti yang didakwa Kamal. Malah, dia memberitahu dirinya sentiasa bersama keluarga dan anak.

Fasal itu, semua boleh lihat yang saya sentiasa bersama keluarga dan anak sahaja. Tetapi saya nak tanya, siapa yang bawa kawan-kawan jumpa anak? Mana keluarga dia?

Terdahulu, mahkamah menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes perceraian Kamal dan Uqasha.

Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia tujuh tahun sembilan bulan.