![[VIDEO] Uqasha Senrose Sudah Berbincang Dengan Keluarga Kamal Adli Untuk Perbaiki Rumah Tangga – ‘Saya Nak Selamatkan Diri Dari Kemudaratan’](https://asset.ohbulan.com/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-19-at-10.50.41-AM.jpeg)
Pelakon, Uqasha Senrose mendedahkan dirinya sudah hampir empat tahun memberi peluang kepada suaminya, aktor Kamal Adli untuk memperbaiki rumah tangga mereka, namun dipersiakan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Kongsi Video Momen Bersama Uqasha Senrose & Hawra Uqaira
Artikel Berkaitan: Kamal Adli Hanya Mengadu Pada Allah, Terus Berjuang Demi Rumah Tangga – ‘Tak Perlu Buka Aib Atau Burukkan Sesiapa’
Failkan cerai

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 33, berkata, dia juga sudah berjumpa dengan keluarga Kamal untuk berbincang sebelum benar-benar nekad memfailkan perceraian.
Saya sudah berusaha untuk perbaiki rumah tangga ini, saya cuba sedaya upaya. Malah saya sudah berjumpa keluarga Kamal telebih dahulu untuk bantu saya perbaiki dan pertahankan perkahwinan kami.
Tetapi, tiada perubahan langsung oleh Kamal. Saya masih ada ibu bapa dan adik beradik, saya perlu beritahu keluarga apa yang terjadi dalam rumah tangga saya.
Saya berbincang dan kedua-dua pihak juga sudah berbincang untuk beri peluang lagi kepada Kamal. Namun peluang itu dipersia-siakan. Jadi saya nekad untuk berpisah.
Setelah dipersiakan, saya rasa adalah terbaik untuk saya dan anak keluar dari kemelut yang memudaratkan mental dan fizikal saya serta anak. Saya nak selamatkan diri dan anak dari kemudaratan.
Uqasha berkata demikian ketika ditemui sejurus prosiding ketiga kes perceraiannya dengan Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.
Sementara itu, peguam syarie mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian memaklumkan kedua-dua pihak akan hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi berbincang sebelum prosiding seterusnya pada 18 Disember depan.
Hari ini adalah prosiding ketiga dan masing-masing membawa wakil JKP (Jawatankuasa Pendamai). Akan ada satu tarikh untuk berjumpa di JAWI bagi berbincang. Perjumpaan JAWI akan berlangsung terlebih dahulu sebelum prosiding seterusnya iaitu pada 18 Disember depan.
Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira berusia tujuh sembilan bulan.








