berita

[VIDEO] Hilux ‘Menggila’ Langgar Gerai, Orang Ramai Di Tapak Bazar Bukit Sentosa

May 22nd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Orang awam di tapak bazar ramadan Bukit Sentosa, Bukit Beruntung Selangor berhadapan detik cemas apabila sebuah kereta jenis Toyota Hilux memandu secara melulu. Menurut Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, pemandu kereta berkenaan telah berjaya ditangkap orang ramai dan ditahan di Balai Polis Bukit Sentosa.

Beberapa orang cedera berikutan kejadian

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/pcb.1572149332962771/2601485566734419/?type=3&theater

Menerusi rakaman video tersebut, pemandu kereta itu seolah hilang waras apabila melanggar beberapa gerai di tapak bazar berkenaan selain melanggar beberapa orang awam termasuk anggota rela yang cuba menghalang perbuatannya itu. Beberapa orang awam dilaporkan cedera disebabkan kejadian yang berlaku.

Motif masih lagi dalam siasatan

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/pcb.1572149332962771/905526433253588/?type=3&theater

Menurut sumber, motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat andaian berhubung kes berkenaan.

Tak puas hati kena habuan

Menurut seorang saksi di tempat kejadian, pemandu dikatakan berada dalam keadaan mabuk. Pada awalnya, suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan keadaan jalan yang sesak sebelum membunyikan hon  dan memukul pemandu kereta dihadapannya. Ekoran kejadian, orang ramai yang berada di situ menghulurkan bantuan kepada mangsa yang dipukul. Suspek didakwa terus memasuki keretanya dan membuat kecoh di tapak bazar kerana tidak berpuas hati dengan kejadian sebelum ini.

Pemandu disyaki mabuk

Buletin TV3 turut melaporkan kejadian yang berlaku telah mencederakan 2 orang awam. Pemandu berumur lingkungan 30-an disyaki bawah pengaruh alkohol. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmad mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 petang.

Sumber: Buletin TV3Info Roadblock JPJ/Polis

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×