![[VIDEO] ‘Tiada Manusia Tidak Berbuat Dosa, Masya-Allah Merdunya Bacaan Aliff Aziz’](https://asset.ohbulan.com/2025/11/Latest-Default-Image-2025-11-30T233529.517.png)
Tular di TikTok sebuah video memaparkan penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran sehingga mencuri perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Belum Jumpa Pengganti, Berada Dalam Fasa Bahagia – ‘Saya Ingin Terus Perbaiki Diri’
Masya-Allah

Menerusi rakaman tersebut, Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz, 34, didatangi seorang individu dikenali sebagai Amar Sufi Ali yang secara spontan memintanya membacakan sepotong surah al-Furqon ayat 70.
Tanpa banyak soal, Aliff yang berjubah hitam dan berkopiah putih terus menyambut permintaan itu dan mengalunkan bacaan dengan tenang serta jelas.
Seperti dijangka, ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi positif. Rata-rata warganet memuji kefasihan Aliff membaca al-Quran selain mengakui sebak mendengar kelunakan suaranya.
Tidak kurang juga yang meletak tepi sementara kontroversi pernah dilakukan Aliff dan mengingatkan bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan serta pintu taubat sentiasa terbuka.
Dalam masa sama, warganet turut menyarankan agar Aliff lebih kerap memuat naik perkongsian bacaan surah di media sosial sebagai inspirasi dan penguat semangat kepada pengikutnya.
Video
Sumber: TikTok








