Viral di laman sosial mengenai seorang mualaf yang bergelandangan setelah dibuang keluarga kerana memeluk Islam. Kes lelaki pertengahan usia itu dimuat naik seorang pengguna Twitter sehingga meraih simpati orang ramai yang menyalurkan sumbangan. Amil zakat, Faisal Rahim mendedahkan kisah sebenar mengenai gelandangan mualaf berkenaan.
Sah mualaf dapat bantuan zakat tapi..
Faisal di Twitternya menjelaskan beberapa fakta mengenai mualaf berkenaan antaranya lelaki warga emas itu sememangnya mualaf yang mendapat bantuan zakat Selangor, Kuala Lumpur dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Walaubagaimanapun, dakwaan dia dihalau rumah tidak tepat kerana dia sebenarnya lari dari rumah JKM.
Ada kes dadah
Menurut Faisal lagi, lelaki itu juga mempunyai masalah dengan dadah dan sudah beberapa kali ditangkap berhubung kesalahan tersebut.
Banyak kali terjadi
Dipindahkan ke Rumah Transit Anjung Budi
Sumber: Faisal Rahim