Nyanyian terkucil Nabila Razali menerusi lagu Peluang Kedua yang dipersembahkan buat kali pertama di program Meletop Raya Ria menerima kecaman hebat dari netizen. Hampir seminggu mendiamkan diri, penyanyi ini akhirnya tampil memuatnaik video menjelaskan situasi tersebut.
Lack of warm up
Nabila mengakui keadaannya yang gugup dan kurang latihan ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bella buat video ni bukan sebab nak tegakkan benang yang basah. Seperti korang tengok persembahan saya sangat memalukan dan sangat kesal dengan apa yang berlaku.
Selepas nilai balik video itu, Bella perasan lack of warm up, tak jaga makan sepanjang PKP dan lama tak perform. Jujur Bella cakap malam itu paling gementar sebab tahu jangkaan orang ramai dan semua orang nak dengar yang terbaik.
Tak boleh lari dari buat kesilapan
Penyanyi ini turut mengakui kerjaya sebagai anak seni tidak lari daripada melakukan kesilapan teruatamnya semasa persembahan live.
Kami anak seni sama macam anda, kita manusia biasa tak boleh lari dari buat kesilapan, cuma kesilapan kami ditonton oleh jutaan orang. Bella sedar tentang itu masa nak jadi anak seni dulu. Jadi, janganlah nak judge je.
Ini adalah realiti kalau di atas dipuji dan di bawah dikeji. Cuma komen yang diterima di sosial media sangat kejam dan kasar. Kalau nak komen, komenlah secara berhemah.
Sumber: Nabila Razali