Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun iaitu Muhammad Adam Danish Zaidi ditemui mati dalam keadaan tergantung dengan sehelai tuala di besi penghadang katil dua tingkat. Kejadian itu berlaku di rumah di Kuala Krai pada jam 9.30 malam (7 Jun 2020).
Lebih menyedihkan lagi apabila hari tersebut merupakan ulang tahun kelahirannya. Segala persiapan sambutan ulang tahun kelahiran telah pun tersedia termasuklah sebiji kek Ejen Ali permintaan mangsa.
Tidak ada sahutan
Memetik laporan Metro, sebelum kejadian tersebut, ibu mangsa memanggil anak lelakinya yang berada di dalam bilik beberapa kali namun tidak ada sahutan. Pada masa yang sama, pintu bilik diketuk dan akhirnya terpaksa menendang sebanyak dua kali sehingga terbuka.
Apabila pintu bilik dibuka, kelihatan mangsa berada dalam keadaan tergantung dengan sehelai tuala di besi penghadang katil dua tingkat. Keadaan bertukar cemas sebelum menghubungi Hospital Sultan Ismail Petra.
Tuala terjerut, mulut berbuih
Sementara itu, bapa mangsa iaitu Zaidi Ariffin meluahkan seolah tidak percaya kerana terpaksa berdepan dengan khabar yang tidak disangka itu.
Kami enam beranak sepatutnya bergembira menyambut ulang tahun kelahiran Adam Danish Zaidi yang kelapan tahun malam tadi, namun ia tidak kesampaian apabila dikejutkan dengan kematiannya.
Saya terkejut melihat keadaan anak yang sudah tidak sedarkan diri dengan tuala terjerut dan mulut berbuih sebelum menghubungi Hospital Sultan Ismail Petra untuk bantuan kecemasan. Sebaik pegawai perubatan tiba, anak saya disahkan meninggal dunia.
Mahukan kek Ejen Ali
Ayah mangsa telah pun membeli sebiji kek sepertimana yang dimahukan oleh anaknya itu iaitu karakter animasi Ejen Ali. Mereka sekeluarga menunggu di ruang tamu bagi menyambut ulang tahun kelapan Adam Danish.
Pada awalnya, Adam meminta supaya membelikan kek Ejen Ali, namun tidak tercapai memandangkan pembuat kek memaklumkan bahan tidak mencukupi. Kami juga sudah maklumkan kepada Adam terpaksa membeli kek biasa dan dia hanya menjawab okay.
Kami tidak sangka pemergian Adam adalah pada hari lahirnya. Kami sekeluarga reda walaupun masih terkejut dengan apa yang berlaku.
Tambahnya lagi, mangsa mengejutkan mereka sekeluarga untuk solat Subuh pada hari berkenaan. Malah, itu merupakan kali pertama anak lelakinya itu mengejutkan mereka untuk solat Subuh. Selepas usai solat, mangsa tidak tidur hinggalah pada jam 4.30 petang sebelum ditemui meninggal dunia.
Sumber: Metro