Cubaan dua pencuri kereta yang ingin meloloskan diri membawa padah apabila kereta yang dipandu mereka terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang. Menerusi laporan Harian Metro, kedua-dua penjenayah berkenaan dalam cubaan untuk mencuri sebuah kereta lain di sebuah pusat memberli belah di Batu Pahat, Johor. Walau bagaimanapun kegiatan mereka berjaya dikesan dan orang awam mula mengejar kedua suspek.
Cubaan mencuri kereta
https://www.facebook.com/amanwa.jubri/videos/pcb.166208491543155/166208311543173/?type=3&theater
Orang awam yang menyedari kejadian itu kemudian mengejar suspek yang melarikan diri sejauh lapan kilometer sebelum kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan dan melanggar pokok lalu terhumban ke dalam longkang.
Mereka dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan semakan mendapati mereka mempunyai rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan termasuk dadah.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim, orang awam terpaksa mengejar suspek sejauh lapan kilometer sebelum kenderaan mereka hilang kawalan lalu melanggar pokok dan terhumban ke dalam longkang. Kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan termasuk dadah.
Terhumban ke dalam longkang
https://www.facebook.com/amanwa.jubri/videos/pcb.166208491543155/166208468209824/?type=3&theater
Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri kenderaan.
Pihak polis berterima kasih atas kerjasama daripada masyarakat dalam membantu pihak berkuasa mencegah jenayah.
Suspek telah di tahan oleh pihak polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Tambahnya lagi, pihak polis mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat setempat yang membantu pihaknya mencegah jenayah.
Sumber: Harian Metro, Amanwa Jubri