Bagi setiap pasangan pengantin baru pasti mengimpikan memori sebagai ‘raja sehari’ dirakam agar dapat dijadikan satu bibit indah di awal perkahwinan. Namun lain pula yang terjadi pada pasangan ini apabila kualiti dan kreativiti video perkahwinan mereka tidak sama seperti apa yang mereka harapkan. Hasil suntingan akhir dari juruvideo yang diupah mereka sungguh mengecewakan walaupun mengambil masa lebih 5 bulan untuk disiapkan.
Janji dah siap tapi tak siap-siap
18 Disember 2019 Sis pun beriya lah nak bersanding, semangat nak nikah sebab ada videographer to capture those moments. Dah berangan nak tengok la lepas kahwin nnti. Siap bagi lagu romantic kau! Maka event berjalan lancar, videographer buat lah kerja-kerja kesenian dia.
13 Februari 2020 kiita tanyalah abang tu progress video bila boleh siap. Hampir siap, dah siap dia roger katanya.
Menurut seorang pengguna Facebook, dia berhubung dengan juruvideo berkenaan pada bulan Ogos 2019. Pakej yang disediakan oleh jurugambar tersebut bernilai RM2200 termasuk rakaman drone. Oleh sebab teruja dengan pakej yang disediakan. Dia bersetuju untuk mengambil juruvideo tersebut sebagai orang yang bertanggungjawab merakam segala detik indah pada hari perkahwinannya.
Dia bernikah pada 18 Disember tahun lalu, namun proses untuk menyiapkan video memakan masa berbulan-bulan. Apabila dia bertanya kepada juruvideo tersebut pada bulan Februari 2020, dia hanya memberi jawapan bahawa video telah siap disunting. Namun tidak memberi nombor tracking bagi tujuan penghantaran.
Video gegar teruk
https://www.facebook.com/nur.sharbuddin/videos/pcb.10223262207932425/10223262207692419/?type=3&theater
Dia punya rasa nak nangis tu, memang tak boleh ceritalah! Video macam aku hire budak darjah 6 woi! Gegaran berskala richter 9.3! Lagu sama ulang-ulang! Video panjang sangat, dia cantum sikit lagu tu untuk habiskan video! Warna? Macam shooting film horror. Transition? Macam effect tampal sekadar Ada.
Selepas beberapa bulan menanti, akhirnya pihak juruvideo menghantar video miliknya pada bulan Jun 2020. Lebih malang lagi, hasil video tersebut seperti baru disunting sehari sebelum dihantar kepadanya. Gegaran pada video tersebut sungguh jelas dan membuktikan bahawa juruvideo berkenaan hanya membuat kerja sambil lewa. Dia berasa ditipu dengan hasil kerja juruvideo berkenaan.
Buat laporan polis
Sis pun pergilah WhatsApp admin, Tanya dia betul ke tu final video? Kenapa macam ni? And suruh dia paksa je laki dia mengaku yang kerja tu baru je buat malam tadi atas dasar paksaan and takut kita tinggalkan lebih banyak comment dekat personal FB dia. Dia tak reply!
8 Jun 2020 sis buat report polis atas dasar tidak puas hati dengan hasil video tersebut. Kecewa sebenarnya sebab dia langsung tak ada permohonan maaf, tak ada juga nak explain Apa-apa.
Akhirnya, dia membuat laporan polis terhadap juruvideo berkenaan kerana tidak memberi penjelasan yang kukuh terhadap hasil video tersebut. Pihak juruvideo bagai melarikan diri darinya selepas didesak mengenai hasil kualiti video tersebut. Segala impian untuk menyimpan memori perkahwinannya musnah apabila ditipu oleh juruvideo yang hanya menaburkan janji-janji manis kepadanya.
Sumber: Facebook