Dunia hiburan Bollywood dikejutkan dengan berita menyedihkan apabila pelakon Sushant Singh Rajput ditemui mati. Pelakon filem Dil Bechara itu ditemui pihak polis mati dalam keadaan tergantung di kediamannya di Carter Road, Mumbai.
Selepas kematian pengurus
Memetik laporan Hindustan Times, pelakon berusia 34 tahun itu dilaporkan telah membunuh diri dan kes tersebut masih di dalam siasatan polis. Beberapa hari lalu, bekas pengurus peribadinya iaitu Disha Salian juga mati dipercayai kes bunuh diri.
Status terakhir di IG
Posting terakhir pelakon lelaki itu di laman Instagram mendedikasikan ucapan khas buat ibunya. Pada 3 Jun 2020 lalu, Sushant Singh telah memuatnaik foto hitam putih dia bersama ibunya beserta dengan kapsyen seakan memberi ‘bayangan’ terhadap insiden bakal berlaku.
Blurred past evaporating from teardrops. Unending dreams carving an arc of smile. And a fleeting life, negotiating between the two.
Ambulans tiba di tempat kejadian
https://www.instagram.com/p/CBaTi2nHUgB/?hl=en
Sebuah video yang dikongsi melalui Instagram Viral Bhayani menyaksikan sebuah ambulans tiba di kediaman pelakon itu. Kelihatan juga ramai media dan wartawan yang turut berada di situ bagi mendapatkan laporan terkini mengenai kematian Sushant Singh Rajput.
Sumber: The Star, Hindustan Times