Kecoh di media sosial sebelum ini menyatakan bahawa seekor singa peliharaan Zoo Negara yang kelihatan kurus didakwa tidak cukup bekalan makanan. Rata-rata pencinta haiwan simpati atas keadaan singa berkenaan dan berharap mendapat penjelasan dari pihak zoo.
Sehubungan dengan itu, menerusi laporan Awani, pihak Zoo Negara memaklumkan bahawa singa berkenaan yang bernama Manja Kani mengalami penurunan berat badan yang mendadak kerana perubahan corak pemakanan ketika musim mengawan.
Siasat pihak Zoo Negara
Menerusi Twitter Faizal Hassan mendakwa singa berkenaan kurus disebabkan kekurangan bekalan daging yang merupakan sumber makanannya. Dia turut menyeru agar pembekal daging di Malaysia agar dapat sama-sama membantu menghulurkan bantuan daging bagi menyelamatkan ‘Raja Rimba’ itu.
Sibuk nak mengawan
Manja Kani dan Manja Ela dalam proses mengawan sejak kebelakangan ini dan itu yang menyebabkan Manja Kani kadang-kadang tidak makan.
Ini perkara biasa bagi spesies panthera leo namun kes Manja Kani lebih ketara kerana dipengaruhi oleh singa betina yang enggan mengawan, serta perlakuannya memaksa betina untuk mengawan
Walau bagaimanapun, menurut Timbalan Presiden Zoo Negara Malaysia, Rosly Ahmat Lana memberitahu bahawa singa Afrika itu dikatakan sibuk untuk menawan dengan singa betina bernama Manja Ela. Oleh sebab itu, Manja Kani yang merupakan singa tertua di Zoo Negara dikatakan tidak makan makanan yang disediakan untuknya.
Manja Kani sihat
Ketika itu, kami menukar diet kepada ayam kerana bekalan daging berkurangan namun Manja Kani kurang beselera untuk makan. Walaupun begitu, ia sebenarnya sihat.
Manja Kani agak memilih, kadang ia suka daging lembu dan bukan ayam, kadang ia suka daging rusa dan bukan daging lembu.
Selain itu, faktor kekurangan bekalan daging yang dihadapi pihak zoo ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan turut merupakan salah satu faktor penurunan berat badan Manja Kani. Tambahnya lagi, Manja Kani dikatakan agak memilih untuk makan makanan yang disediakan pihak zoo. Pihak zoo turut sentiasa memantau selera makan Manja Kani dan kini berusaha memberi makanan yang digemarinya.
Sumber: Faizal Hassan, Awani