Seorang wanita mencuri perhatian ramai apabila tampil meluahkan rasa penantian terhadap pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan.

Artikel Berkaitan: Ammar Nazhan Kini ‘Off Market’, Selamat Merisik Cinta Hati

Artikel Berkaitan: Ammar Nazhan & Aras Mohon Maaf Dah Tipu Satu Malaysia, Janji Tak Ulang Kesilapan Sama

Wanita luah masih sayang?

@lynderss

i jujur, i masuk sini memang sebab you. This is our memory, you lupa ke masa you naik, you terus tinggalkan i just like that. Kalau bukan sebab kira, i memang takkan jumpa you lagi. But now i know where you are, and I’m here with you. i harap you nampak all the waiting, the sacrifices i buat selama ni. i stayed, i waited, i never choose anyone else but you. I’m here for you, still. @Ammar Nazhan

♬ Mencintaimu Piano Cover – Ray Peaceano

Menerus perkongsian yang dimuat naik di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Lyn dilihat memuat naik beberapa momen bersama Ammar.

Dakwa Lyn, dia ditinggalkan oleh pempengaruh berusia 29 tahun itu selepas namanya melonjak naik.

Saya jujur, saya masuk sini sebab awak. Ini adalah kenangan kita.

Awak lupa ke masa awak naik, awak terus tinggalkan saya begitu saja.

Kalau bukan sebab Kira, saya memang tidak akan jumpa awak lagi.

Dalam pada itu, wanita terbabit akui masih menunggu Ammar untuk kembali agar hubungan yang didakwa terputus kembali terjalin.

Tapi sekarang saya tahu awak di mana, dan saya bersama awak.

Saya harap awak nampak penantian ini.

Pengorbanan saya buat selama ini. Saya bertahan, menunggu, dan tidak pernah pilih orang lain selain awak.

Saya masih di sini, untuk awak.

Sekadar info, Ammar Nazhan selamat merisik pilihan hatinya, Elya Maisara baru-baru ini.

Sumber: TikTok @Lyn