Seorang wanita menceritakan tentang keadaan ibu bapanya yang kurang upaya untuk dijadikan tauladan kepada orang ramai agar menghargai pengorbanan mereka. Menerusi Twitter Jannah berkongsi pengalaman berkomunikasi dan menjaga kedua ibu-bapanya yang kurang upaya itu. Walaupun tidak seperti ibu bapa yang lain, dia bersyukur tetap bersyukur atas kurniaan tuhan.
Tak boleh bercakap
Kedua ibu bapanya mempunyai kelainan upaya yang berbeza. Bapanya tidak boleh bertutur dan pendengarannya tidak begitu jelas. Oleh sebab itu, dia hanya berkomunikasi menggunakan isyarat tangan. Hanya isyarat tangan yang mudah sahaja boleh diguna pakai kepadanya kerana ayahnya tidak mampu untuk pergi ke kelas bahasa isyarat sewaktu ketika dahulu.
Ayah tak boleh duduk diam
Jika hendak memberitahu sesuatu perkara yang sukar, dia akan berhubung melalui ibunya kerana ibu lebih memahami kehendak ayah. Walaupun keadaannya begitu, ayahnya masih aktif melakukan kerja harian dan suka menunggang motosikal ke kedai berdekatan.
Baca pergerakan bibir
Ibunya pula mempunyai masalah pendengaran yang kurang jelas. Ibunya masih boleh bertutur walaupun kadang-kadang kurang jelas. Jika ingain bercakap dengan ibunya, dia harus bercakap dengan perlahan agar ibunya dapat membaca gerakan bibir.
Kena sentuh bahu baru boleh panggil mak
Kena bangga walau siapa ibu bapa kita
Sumber: Jannah