Terdahulu, anak kepada bekas Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Ahmad Saiful Islam telah ditahan pihak polis selepas didapati positif dadah. Dia bersama seorang lagi rakannya ditahan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 6 Januari 2019.
Hukuman penjara 8 bulan
Memetik laporan BH Online, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara selama 8 bulan terhadap Ahmad Saiful Islam selepas didapati bersalah atas tuduhan penyalahgunaan dadah. Hukuman itu dijatuhkan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan.
Di bawah pengawasan AADK
Bagaimanapun, pihak mahkamah memerintahkan anak kepada Mohamad Sabu itu manjalani hukuman penjara bermula hari ini. Tertuduh juga diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis selama 2 tahun sebaik selesai menjalani hukuman penjara.
Sumber: BH Online