Di Twitter, rata-rata individu mula berkongsi thread pengalaman hitam jadi mangsa rogol, ada juga mendedahkan cerita sewaktu mengendalikan kes rogol dan sebagainya. Satu thread dikongsi pengguna Tiniz mengenai kes rogol pertama yang dikendalinya melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun. Pendedahan ini bagaimanapun telah mendapat respon daripada penyanyi Yuna Zarai yang turut bersimpati dengan nasib kanak-kanak tersebut.
Ditinggalkan dalam keadaan berdarah
Pengguna Twitter dikenali sebagai Tiniz berkongsi kes rogol pertamanya yang melibatkan seorang kanak-kanak pada tahun 2005. Mangsa dirogol disebatang jalan, meliwat dan ditinggalkan dalam keadaan berdarah. Mangsa yang berusia 8 tahun itu masih lagi berpakaian seragam sekolah. Kesan daripada itu, mangsa mengalami usus pecah dan menjalan pembedahan sebanyak tiga kali dalam masa setahun.
Tidak lari dari trauma dan stigma masyarakat
Pendedahan yang dikongsi individu tersebut telah mendapat respon daripada penyanyi Terukir Di Bintang iaitu Yuna Zarai. Penyanyi itu meluahkan rasa bangga kerana Tiniz dapat mengendalikan kes rogol melibatkan kanak-kanak di bawah umur. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana kesukaran bagi seseorang untuk mengendalikan kes sebegini.
Tambah Yuna lagi, tidak dinafikan mangsa rogol sudah tentu akan berdepan dengan trauma dan stigma masyarakat terhadap kehidupan mereka. Yuna turut mendoakan supaya mangsa rogol diberikan kekuatan untuk harungi kehidupan.
Ini adalah realiti mangsa rogol
Yuna turut menegaskan sekiranya sebahagian masyarakat menunding jari kepada golongan wanita yang didakwa menjadi punca kes ini, mereka perlu meneliti kes rogol yang melibatkan kanak-kanak terlebih dahulu. Yuna juga menegaskan untuk tidak salahkan mangsa rogol sewenang-wenangnya.
Sumber: Yuna Zarai