Gara-gara tidak sabar menunggu ikan masin yang dimasak, seorang lelaki didakwa memukul isterinya akibat dari perangai panas barannya yang tak bertempat. Kejadian yang berlaku di Jakarta Barat itu mengakibatkan suspek di tahan di bawah Artikel 351 Kanun Jenayah Indonesia.
Dibaling dan dihumban ke almari
Kejadian keganasan rumah tangga yang berlaku di daerah Cengkareng, Jakarta Barat telah mengakibatkan si suami ditahan polis. Menurut Komisioner Polis Cangkerang H. Khoiri, pasangan tersebut bertengkar terlebih dahulu sebelum Ryan mula memukul Fitriah.
Suaminya tempramen, suka marah-marah tidak jelas. Saat kejadian suami minta dibuatkan ikan asin, saat sedang digorengkan, suami tidak sabar akhirnya istri dipukul
Sikap tidak menyabar Ryan Jaya telah mengakibatkan isterinya Fitriah Kosasih mengalami lebam-lebam di wajahnya setelah dia dihumban ke almari. Ryan juga didakwa mencakar dan menarik rambut isterinya.
Suami ditangkap sejurus menerima laporan
Fitriah yang mengalami sakit di bahagian perut selepas dibaling oleh suaminya segera membuat laporan polis tentang keganasan itu. Sejurus menerima laporan tersebut, pihak polis dengan segera menangkap Ryan untuk siasatan lanjut. Walau bagaimanapun, menurut H. Khoiri, suspek telah diikat jamin.
Sumber : CNN Indonesia