Tidak berhati perut! Video yang dimuatnaik menerusi laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia ini menyaksikan aksi kejam seorang lelaki mengheret seekor kucing sambil berbasikal. Rakaman video tersebut difahamkan telah dihantar dan dilaporkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Heret kucing sambil berbasikal
https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/341484753921114/
Video berdurasi 17 saat itu menyaksikan tindakan tidak berperikemanusiaan seorang lelaki dipercayai bangsa Cina mengheret seorang kucing dengan menggunakan basikal. Lokasi dipercayai berlaku di Jeti Sungai Udang di Perak.
Semakin masyarakat didedahkan dengan hukuman penjara dan denda terhadap perlakuan kezaliman haiwan. Semakin perbuatan kejam dan ganas terhadap haiwan di lakukan seolah-olah mencabar undang-undang.
Justeru, Animal Malaysia menuntut pihak kerajaan menambah baik jenis hukuman dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015 dengan memasukkan hukuman sebatan mandatori terhadap pelaku keganasan haiwan yang menzalimi haiwan hingga mati atau cedera.
Diharapkan tidak ada golongan membela keganasan haiwan dengan menjadikan alasan pelaku adalah gila. Biarlah mahkamah menentukan keputusan apabila ada keraguan munasabah status mental pelaku.
Laporan telah dibuat
Sehubungan itu, Persatuan Haiwan Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada saksi kejadian yang sempat merakam aksi kejam tersebut dan segera melaporkan kepada pihak polis.
Tahniah kepada saksi yang telah membuat laporan polis terhadap pelaku pengganas haiwan kejam ini dan mari sama-sama kita lihat apakah tindakan boleh diambil terhadap pengganas ini.
Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia