Krisis Covid-19 memberi impak yang sangat teruk kepada seluruh negara termasuk Malaysia. Seorang pengguna laman Facebook yang hanya dikenali sebagai Anwar Ajid antara yang terkesan dengan wabak pandemik ini. Dari seorang pekerja dalam bidang penerbangan kepada rider e-hailing dia berkongsi kitaran hidupnya yang berubah sejak Covid-19 melanda negara.
Hilang pendapatan setelah 10 tahun
Anwar yang berada dalam sektor penerbangan telah diberhentikan kerja selepas 10 tahun berkhidmat akibat dari syarikatnya bekerja telah hilang pendapatan akibat pandemik.
Namun bukan senang nak dapat kerja…bukan aku sorang kene takde pendapatan,ramai yang lain.Puas aku menghantar resume ke sana sini bak kata PM namun hampa …takde sapa nak amik.Kecewa ,sungguh kecewa.Aku mana ade skill dalam bidang lain selain supir kapal terbang.
Menurutnya lagi, dia melalui detik suram dalam hidupnya apabila tidak diambil bekerja oleh mana mana syarikat malah duit simpanan yang ada hanya cukup untuk membayar hutang selepas moratorium.
Dia yang merupakan bekas juruterbang pesawat mengambil keputusan untuk menjadi rider e-hailing. Bagaimanapun, Anwar juga berkongsi mengenai perbezaan syarikat e-hailing yang pernah dicubanya.
Perbezaan syarikat ehailing
Dalam aviation kelayakan untuk fly setiap pesawat di namakan type rating.Civil Aviation Authority Malaysia(CAAM) dah endorsed dalam lesen aku kapal boleh aku fly ade dua ATR72-600 dan B738NG.Bukan macam di darat ye sahabat semua. Kita nak pandu BWM,Merc or Proton belasah jek.Takde undang-undang nak larang. Asal boleh memandu kira boleh dah tu. Eh apa kene type rating dengan Rider E-hailing
Antara syarikat e-hailing yang di mohonnya ialah LalaMove di mana pendaftarannya hanyalah percuma tetapi bag harus dibeli dengan harga RM120. Antara syarikat e-hailing yang popular di Malaysia, LalaMove mempunyai ramai rider sehinggakan Anwar sendiri susah untuk mendapat tugas penghantaran.
Menggunakan motor berkuasa tinggi, Anwar yang tinggal di Putrajaya mengakui penat apabila terpaksa ulang alik dari sana ke USJ untuk mendapatkan pesanan. Terpaksa bermain dengan clutch dan motor yang berat, dia mendaftar pula dengan DahMakan yang juga merupakan syarikat e-hailing pilihan ramai.
Berbeza dengan LalaMove, DahMakan ini memberi pesanan kepada anda sebagai rider, tetapi rider haruslah pergi ke hub catering mereka yang terletak di PJ dan USJ. Dengan bayaran yang diterimanya sedikit, Anwar nekad menukar kepada FoodPanda pula.
Menurut Anwar, FoodPanda ini sama seperti airlines di mana mempunyai tiga elemen iaitu On Time Performance (OTP), CheckIn-SOP dan Roster. OTP memerlukan anda untuk mengikut masa yang diberi applikasi untuk menghantar makanan. Check-in SOP pula hanya perlu cx in kawasan yang telah ditetapkan.
App dan SOP yang disediakan FoodPanda antara yang sistematik yang ditawarkan. Hanya cx dan tunggu pesanan oleh sistem. Roster pula adalah yang paling mengujakan. Lebih kurang seperti airlines, Anwar menyatakan konsep sama seperti di airlines di mana jika tidak dapat bertugas hanya perlu offer swap kepada rider lain.
Ubah nasib jadi ejen
Dulu sejam aku fly leh dapat minima RM6xx sehari,but now dah terbalik sehari max keje bagai nak rak (dengan panas lengit,hujan,kene marah customer,hitam terbakar muka n tangan) boleh dapat RM50 to RM70 aja.Cukup ke nak bayar expenses aku?Memang tak cukup …but inilah rezeki Allah kasi for family aku buat masa sekarang.Kesian sangat kat anak aku umur 8 tahun ni.So small tapi dah terpaksa lalui kesusahan ni.Maafkan papa ye nak.
Setelah menempuh nasib sebagai rider ehailing, Anwar yang mempunyai seorang anak berumur 8 tahun terpaksa mencuba pekerjaan baru dengan menjadi ejen menjual Kambing Perap dan steak yang dibawa masuk dari New Zealand. Harapan dapat mengubah nasib dia dalam perniagaan ini, dia tidak mahu anaknya itu lalui tempoh kesusahan ini dalam usia yang masih kecil.
Bagi sesiapa yang berminat ingin membeli Kambing Perap dan steak itu boleh terus menghantar order di laman Facebooknya iaitu Anwar Ajid.
Sumber : Anwar Ajid