Bagi mengelakkan kekayaan luar biasa dalam kalangan pemimpin politik, kerajaan telah mengarahkan pemimpin mengisytiharkan harta dimiliki mereka. Seterusnya, jumlah kekayaan dimiliki itu kemudian diletakkan di laman sesawang SPRM untuk pengetahuan umum.
Ternyata, Perdana Menteri iaitu YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Yassin memiliki pendapatan hampir RM94 ribu sebulan dan beliau miliki aset lebih RM10 juta.
10 aset pemimpin negara
Laman web itu menunjukkan jumlah aset tertinggi yang dipaparkan melebihi RM10 juta milik Tan Sri Muhyiddin Yassin. Aset melebih RM10 juta ini turut dimiliki oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Maximus Ongkili, Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Bagi jumlah aset terendah sebanyak kurang RM1 juta ialah dimiliki Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Takiyuddin Hassan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun serta Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Memiliki aset RM10juta
Tan Sri Muhyiddin Yassin memiliki jumlah pendapatan bulanan berjumlah RM93 ribu dan jumlah aset RM10 juta hingga RM15 juta. Manakala, di kedudukan kedua memiliki aset tertinggi dalam kalangan pemimpin ialah Datuk Sri Mohd Redzuan Yusof dengan pendapatan bulanan RM65 ribu dan aset RM8.5 juta hingga RM10 juta.
Di tangga ketiga ialah Dato Sri Mustapa Mohamed dengan menerima pendapatan bulanan berjumlah RM69ribu dan memiliki aset RM5 juta hingga RM8.5 juta.