Berkayak merupakan salah satu tarikan utama sesebuah tempat pelancongan apabila melibatkan aktiviti air. Lebih-lebih lagi jika kayak itu adalah daripada jenis transparent, pasti ramai yang ingin mencuba sambil menikmati pemandangan laut yang indah.
Melalui perkongsian di laman Twitter, kejadian lucu menimpa sekumpulan sahabat yang sedang bercuti di sebuah pulau apabila kayak yang dinaiki mereka hilang ditelan laut.
Susah imbang kayak
Know know hilang pic.twitter.com/dIOO6TjeGZ
— Nurin Afiqah (@nurinafiqaaah) July 23, 2020
Melalui video berdurasi 0:10 saat hasil perkongsian pengguna Twitter, Nurin Afiqah, kelihatan dua individu teruja menaiki kayak transparent di tengah laut sedang berusaha untuk mencari keseimbangan akibat air laut yang sedikit bergelora.
Tidak sampai beberapa saat, kayak yang dinaiki dimasuki air sebelum mereka tenggelam sehingga ke paras leher. Apa yang lebih melucukan apabila wanita yang berada di dalam kayak itu hanya gelak besar dan pasrah dengan kejadian itu.
Berjaya cuit hati netizen
Video tersebut berjaya mencuit hati netizen sehingga mendapat lebih kurang 319k tontonan, 20.3k retweets dan 24.5k tanda suka. Tragedi lucu itu membuatkan ramai meninggalkan komen yang rata-rata hanya mampu gelak dan ada yang meminta sambungan video berkenaan.
Terus tinggal kepala
Smooth je benda tu ghaib
Sumber : Nurin Afiqah