Hasil perbincangan bersama Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara, pihak kerajaan telah memutuskan untuk memberi bantuan kepada rakyat yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 ini. Perkara ini diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media khas sebentar tadi..
Moratorium lanjut 3 bulan
Antaranya ialah kepada individu yang kehilangan pekerjaan sepanjang tempoh tahun 2020 diberi lanjutan moratorium kepada 3 bulan. Justeru, segala pembayaran pinjaman bakal dilanjutkan kepada tempoh 3 bulan dan jika masih tidak mempunyai kerja, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan.
Pengurangan bayaran ikut pengurangan gaji
Selain itu, bagi individu yang pendapatannya terjejas seperti pengurangan gaji bulanan, individu itu layak memohon untuk mengurangkan jumlah bayaran pinjaman peribadi atau rumah mengikut pengurangan gaji. Tempoh yang layak dibayar mengikut pengurangan gaji ialah selama 6 bulan.
Bayar faedah sahaja kepada bank
Tambah beliau lagi, pihak bank turut membantu memberi pinjaman kepada peniaga-peniaga dengan menawarkan bayaran faedah sahaja. Bagi pinjaman sewa bank, pihak bank akan buat jadual pembayaran yang sesuai. Seperti memanjangkan tempoh bayaran dengan mengecilkan bayaran bulanan mulai 7 ogos 2020.
Sidang media penuh
https://www.youtube.com/watch?v=O0pBp5zi99Y