Pelakon, Shakilla Khoriri menegaskan industri hiburan tempatan kini benar-benar memerlukan kembali pelakon yang mampu menghidupkan watak dan berjiwa seni.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Minta Maaf Kalau Ada Yang Terasa Hati’ – Fizi Ali

Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Rindu Ameena, 9 Hari Tak Dengar Khabar – ‘Mungkin Kusyuk Umrah, Tapi Umi Tak Kecil Hati’

‘Come back’

Menerusi perkongsian di Instagram, Shakilla, 37,berharap rakan-rakannya yang berjiwa dalam lakonan untuk kembali semula ke set penggambaran.

Kata Shakilla, dia sudah penat berdepan pelakon yang tidak pandai membawa watak tetapi menerima bayaran tinggi.

Tolong para pelakon yang ada jiwa dalam lakonan untuk kembali.

Letih nak hadap pelakon yang berlakon tanpa jiwa tapi rate harga macam ambil pelakon Hollywood! Feeling dek.

Shakilla meluahkan rasa rindu itu selepas salah seorang rakan selebritinya, Carolina Binur memuat naik kembali klip mereka berlakon bersama.

Difahamkan, Carolina kini sudah tidak aktif dalam lakonan walaupun masih menaruh minat dalam bidang itu.

Sumber: Instagram