Penyanyi dan anggota kumpulan The Fabulous Cat, Adeep Nahar mengakui rambang mata dengan juadah yang disediakan di buffet Ramadan Sajian Imbauan Desa.

Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Senario ‘Approve’ Berbuka Ala Premium, Me’nate Perkenal Iftar Mubarak Platter

Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Nasi Kandaq Fest 3.0 Kembali! Ada Promosi Khas RM3 Untuk 333 Pengunjung

Hidangan bikin rambang mata

Adeep berkata, setiap hidangan begitu menggoda seleranya sehingga dia tidak dapat menahan diri untuk menambah beberapa pinggan sewaktu acara preview buffet Ramadan.

Semua menu di sini memang sedap dan unik! Sampai saya berpinggan-pinggan tambah, puas hati betul.

Buffet Ramadan Sajian Imbauan Desa merupakan hasil kerjasama julung kalinya antara dua restoran terkenal, Gajah Tiga dan Farmer Village.

Menampilkan lebih 70 hidangan warisan Melayu, Sajian Imbauan Desa bukan sahaja memikat selera tetapi juga membawa nostalgia suasana berbuka bersama keluarga dan rakan-rakan.

Antara hidangan utama yang menjadi tarikan termasuk Cucur Udang Gajah Tiga, Rendang Tok, Ayam Masak Lemak Cili Api, Gulai Daging Kawah, Sate Ayam dan Daging, Tempoyak Pucuk Ubi serta Kambing Golek.

Selain itu, menu sampingan seperti Gado-Gado dan pelbagai jenis kerabu termasuk Kerabu Pegaga dan Kerabu Ikan Bilis turut disediakan.

Tidak ketinggalan, hampir 20 jenis kuih tradisional dan pencuci mulut seperti Pengat Pisang, Bubur Pulut Hitam, Coconut Brownies, Roti Jala, Cucur Jawa, Bingka Ubi, Talam Cendol, Aneka Rojak Buah dan aiskrim.

Pengasas Farmer Village, Datuk Peter Ng berkata, kolaborasi dengan Gajah Tiga bertujuan memberi lebih variasi kepada pengunjung dan mencipta pengalaman berbuka puasa yang menyeronokkan.

Konsep Suasana Bazar Ramadan ini diharapkan dapat menggamit memori lama sambil menikmati kemeriahan bulan puasa. Farmer Village bukan sekadar tempat makan, tetapi lokasi rekreasi untuk seisi keluarga.

Sementara itu, Pengarah Gajah Tiga, Nazri Hendra memaklumkan, kerjasama ini memberi peluang kedua-dua pihak menonjolkan masakan tradisional Melayu sambil memperkenalkan variasi baharu untuk Ramadan.

Gabungan ini bertujuan menaikkan nama Gajah Tiga dan Farmer Village dalam arena masakan Melayu. Kami mahu pelanggan rasa pengalaman berbuka yang istimewa.

Buffet Ramadan Sajian Imbauan Desa akan bermula pada 23 Februari ini dengan harga bermula dari RM78 hingga RM128, manakala 1,000 pelanggan terawal berpeluang menikmati harga istimewa ‘early bird’ RM68 hingga RM98.