Pelakon, Abby Abadi berpesan agar tidak berkahwin semata-mata hanya kerana mahu memuaskan hawa nasfu.

Artikel Berkaitan: ‘Dua Tahun Saya Biarkan Marissa Dania Berada Dalam Hubungan Yang Menyusahkan’ – Abby Abadi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Dedah Norman Hakim Tak Pernah Marah Marissa Dania – ‘Datang Jumpa Macam Orang Luar’

Gaji besar

Menerusi perkongsian di Threads, Abby berkata walaupun seseorang mempunyai gaji melebihi RM10,000 sekalipun, ia belum tentu mencukupi apabila mendirikan rumah tangga.

Menurutnya, jumlah tersebut tidak semestinya mencerminkan kemampuan sebenar untuk memikul tanggungjawab dalam perkahwinan.

Kahwin ni jangan rasa gaji besar saja mampu dah. RM15,000 untuk zaman sekarang sekejap saja habis. Tanggungjawab yang nak dipikul tu lagi besar, nak jaga segala hak Allah bukan mudah.

Fikir dulu berkali-kali jangan ikutkan hawa nafsu semata.

Abby berkongsi pandangan itu selepas seorang lelaki menyatakan hasrat mahu mencari isteri kedua dengan alasan gaji bulanan cecah RM15,000.

Komen itu kemudiannya menyorot perhatian orang ramai selepas mereka bersetuju dengan kenyataan yang dikongsi oleh Abby.

Sumber: Threads