Perlumbaan Grand Prix (GP) di Austria menyaksikan kemalangan yang tidak dijangka dalam litar berlaku melibatkan pelumba Itali iaitu Velentino Rossi. Insiden dipercayai bermula selepas pelumba dari Franco Morbidelli dari Itali terpelanting dan hampir mengena dirinya. Perbezaan jarak antara motosikal milik Franco Morbidelli dari Rossi hanya beberapa sentimeter sahaja.
Hampir meragut nyawa
This is how close Valentino Rossi was to a potentially lethal collision. Wow. pic.twitter.com/vQcSx2rJBd
— David Manuca (@davidmanuca) August 16, 2020
Rakaman yang dikongsikan ini menyaksikan motosikal milik Franco Morbidelli dari Itali melambung tinggi ke tengah litar dan hampir menghentam Rossi. Dikatakan hanya beberapa sentimeter kenderaan itu melambung di depannya ketika dia melintasi insiden tersebut. Insiden ini berlaku pada lap yang kelapan.
Situasi sebenar kemalangan
One of the most terrifying #MotoGP crashes we've EVER seen!!! ?
Watch the Turn 3 accident from all angles! ?#AustrianGP ?? pic.twitter.com/L2GLToviFi
— MotoGP™? (@MotoGP) August 17, 2020
Memetik laporan FOX Sport, jelas menunjukkan terdapat dua kemalangan yang berlaku di dalam litar perlumbaan. Pertamanya adalah selepas pelumba Morbidelli terjatuh di selekoh pertama dan menyebabkan motosikal miliknya terpelanting. Kedua adalah ketika pelumba Johann Zarco dari France juga gagal dari mengelak dari jentera milik Morbidelli itu. Rossi ketika itu hanya menunggang dengan kelajuan motosikal 300km/jam.
Rossi bernasib baik
ONBOARD VALENTINO ALMOST DEAD ROSSI #MotoGP pic.twitter.com/RzGxB7qLPf
— A?YB (@IDIHIA1) August 16, 2020
Rakaman ini pula didedahkan dari kamera yang diletakkan pada motosikal pelumba Velentino Rossi. Rakaman video ini menyaksikan Rossi nyaris maut sekiranya motosikal yang terpelanting itu terkena pada dirinya.