berita

“Malam Pun Boleh Terbang”, Kisah Abang ‘Pilot’ Sungai Besar Berbakti Kepada Komuniti.

August 21st, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Seiring dunia yang bergerak pantas, teknologi memainkan peranan penting bagi membantu kehidupan manusia. Komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysai sejak 1995, sumbangan Maxis sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia memang tak dapat disangkal.

Bagi menggalakkan penggunaan teknologi, Maxis telah bekerjasama dengan OHBULAN! untuk berkongsi lebih banyak kisah teknologi bagi tujuan inovasi yang boleh dijadikan inspirasi oleh rakyat Malaysia, seiring dengan pelancaran jenama baru Maxis, “Terus Menerajui”.

Kisah pertama yang kami bawakan ialah tentang abang ‘pilot’ daripada Sungai Besar. Aktiviti dron yang sering dikaitkan dengan anak muda suatu ketika dulu, kini mula menunjukkan perubahan apabila teknologi dron ini dimanfaatkan oleh sektor ekonomi seperti perniagaan, pertanian dan perindustrian.

Walaupun pada mulanya agak sukar untuk membawa perubahan menggantikan teknologi lama, pujian harus diberikan kepada pencetus idea yang berani mencuba sesuatu yang baru demi manfaat bersama.

Inilah yang dirasai oleh Naza atau nama sebenarnya Mohd Nazarul Shah bin Sulaiman, 35, apabila dia menjadi antara individu terawal yang menerbangkan dron bagi aktiviti pertanian di negeri Selangor.

Bermula dengan demo kini bangga terbangkan dron sendiri

Menceritakan pengalaman pertamanya menerbangkan dron racun, Naza berkata idea bermula apabila terdapat demo penerbangan dron yang dilakukan di kawasan Sungai Besar. Melihat kepada potensi yang mampu dibawa oleh teknologi dron, Bekas Pengerusi Koperasi Wawasan Tani, Haji Sulaiman bin Chik ketika itu berani mengambil risiko membeli dron untuk digunakan bagi aktiviti pertanian di kawasan tersebut.

Bermula dari situlah, Naza bersama beberapa orang anak muda di Sungai Besar mula menjadikan aktiviti penyemburan racun menggunakan dron sebagai sumber pencarian.

Tak perlu masuk bendang, petani keluar dari kepompong lama

Jika dahulu petani terpaksa mengupah orang untuk masuk ke dalam bendang bagi aktiviti meracun, tapi dengan menggunakan dron ia dapat meliputi kawasan bendang yang lebih luas. Selain tu, petani lebih puas melihat tanaman mereka diracun untuk menghalau serangga perosak.

Penyelidikan dan pembangunan (R&D) turut dilakukan oleh Naza bersama penerbang dron yang lain bagi menampakkan semburan lebih tebal. Pengubahsuaian dron turut dilakukan bagi membawa racun dalam kuantiti tertentu dengan kawalan bateri yang sesuai.

Kalau dulu orang nak racun kena masuk bendang guna blower, sekarang bila guna dron petani lebih puas kerana dapat tengok sendiri racun turun kena tanaman.

Pencetus petani menggunakan teknologi dron

Mengendalikan dron jenis DJI Agras MG1, Naza yang mempunyai pengalaman hampir 5 tahun dalam pengendalian meracun tanaman berkata, selepas aktivti meracun menggunakan dron mula diterima oleh penduduk setempat, ramai petani mula membeli dron sendiri dan menggaji pengendali untuk meracun tanaman mereka.

Sehingga hari ini, pasukannya mempunyai 7 orang ahli yang terdiri daripada pilot, co-pilot dan seorang pengurus. Mereka kemudian akan dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk bertugas mengikut waktu yang diminta oleh pelanggan, sama ada siang atau malam.

Waktu kerja mereka setiap hari adalah dari pukul 6.30 pagi hingga 11 pagi dan 5 petang hingga 6 petang. Pada waktu malam pula ada team lain yang akan mengendalikan aktiviti penyemburan racun yang biasanya dilakukan hingga tengah malam kerana ia adalah waktu aktif serangga perosak.

Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang yang memainkan peranan sebagai pilot dan co-pilot bagi memastikan penerbangan dron berjalan dengan lancar dan aktiviti meracun dapat dijalankan dengan sempurna.

Sahut lebih ramai anak muda ambil peluang dengan teknologi baru

Selain aktiviti menyembur racun di sawah menggunakan teknologi dron, Naza bersama beberapa rakannya mula meneroka bidang lain menggunakan teknologi ini. Dia telah mula mengambil tugas seperti menangkap gambar dan video daripada sudut pemandangan atas yang mampu menunjukkan keindahan sesebuah kawasan.

Dron bukan sekadar hobi, kita juga boleh meracun, membaca dan ambil job untuk mengambil gambar dan video daripada atas. Jadi, baguslah kalau anak muda belajar teknologi ni untuk dijadikan sumber pencarian.

Melihat kemampuan teknologi dron, Naza menyeru lebih ramai anak muda untuk menerokai bidang ini. Dia bersama rakannya kini mula menawarkan perkhidmatan yang dikomersialkan melalui laman rasmi di Facebook. Selain menyediakan perkhidmatan meracun tanaman, mereka turut boleh dihubungi untuk tugasan menangkap gambar atau video menggunakan teknologi dron.

Maxis bergerak seiring perkembangan teknologi

Maxis

Seiring dengan hasrat menjadi pelopor teknologi di Malaysia, Maxis mahu rakyat Malaysia menerokai lebih banyak bidang dengan teknologi bagi mendepani dunia yang semakin mencabar. Dengan bantuan teknologi Maxis percaya ia dapat membantu masyarakat untuk berfikir di luar kotak dan #TerusMenerajui.

Untuk lebih banyak kisah inspirasi korang boleh klik di SINI.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×