Seorang remaja berusia 20 tahun dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan dan didenda sebanyak RM17ribu kerana ugutan jenayah dan memiliki bahan pornografi. Remaja tersebut telah menyebabkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun membunuh diri akibat diugut dengan bahan lucah.
Sebar bahan pornografi
Memetik sumber New Straits Times, pada awal bulan Ogos ini, seorang remaja perempuan telah bertindak membunuh diri kerana telah diugut oleh suspek yang bernama G. Vieshnuu dengan niat untuk menyebarkan bahan pornografi yang disimpannya.
Dia bagaimanapun mengakui bersalah dengan tiga tuduhan ugutan jenayah dan memiliki bahan pornografi. Majistret Khalijah Mohd Khalid memutuskan hukuman penjara selama 21 bulan dan dendan RM17ribu untuk ketiga-tiga tuduhan yang disebutkan. Ketiga-tiga tuduhan tersebut diperintahkan untuk dijalankan secara serentak.
Mahkamah mengambil kira pengakuan bersalah suspek. Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap suspek atas ketiga-tiga hukuman tersebut.
Menyebabkan mangsa bunuh diri
Pada 3 Ogos lalu, seorang mangsa wanita berusia 29 tahun bunuh diri dipercayai diugut untuk menyebarkan gambar bogel di internet. Mangsa membunuh diri di Platinum III Condominium di Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Mangsa dipercayai telah terjun dari aras 22 di bangunan tersebut.
Bagi pertuduhan kedua, suspek mengakui melakukan ugutan jenayah terhadap ibu remaja yang meninggal dunia itu. Juga berniat mengancam untuk menyebarkan gambar bogel mendiang anak perempuannya di internet. Konflik mula tercetus apabila ibu mangsa menjawab panggilan telefon dari seorang lelaki yang didakwa sebagai kekasih.
Dalam perbualan tersebut, ibu mangsa sempat memberi amaran untuk menghentikan hubungan bersama anaknya sebelum mangsa bertindak membunuh diri pada hari berkenaan.
Tolak tawaran hubungan seks
Siasatan pihak polis mendapati mereka telah berkenalan di Facebook sebelum mengugut mangsa kerana tidak mahu melakukan hubungan seks dan berhasrat untuk memutuskan hubungan tersebut. Tambahan, suspek lelaki itu didakwa meminta sejumlah wang kepada beberapa orang lagi mangsa di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Perak.
Dalam perbicaraan tersebut, dia bagaimanapun mengakui bersalah selepas memiliki bahan pornografi yang merupakan rakaman video dan gambar di dalam telefon bimbitnya.
Sumber: New Straits Times