berita

‘Dah Lebih 100 Jenazah Kami Bantu Urus, Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Itu..’

August 24th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Viral di laman sosial rakaman suara ‘misteri’ yang dikatakan datang daripada tanah perkuburan. Melalui video yang dimuat naik, seorang wanita mendakwa terdengar suara sayup-sayup seakan orang meminta tolong.

Artikel berkaitan: [VIDEO]’Saya Dengar Ulang-Ulang’ – Viral Bunyi ‘Misteri’ Di Kubur, Wanita Kongsi Kisah Sebenar

Pengurus jenazah, Mr Wan Cai Official menerusi Facebook mengulas mengenai video yang sedang hangat diperkatakan itu. Beliau yang mempunyai pengalaman mengurus lebih 100 jenazah menganggap ini sebagai pengajaran.

Video viral

Tular tentang satu video dengan kedengaran suara seperti seakan bunyi seksaan kubur. Kejadian video yang dirakam oleh anak kepada salah seorang staff Majlis Perbandaran Klang itu berlaku di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang. Sudah lebih 100 jenazah yang kami bantu urus dikebumikan ditanah perkuburan itu.

Sudah lebih dari 20 kali juga saya dan rakan rakan melakukan pembersihan dikawasan tanah perkuburan tersebut sejak 2017. Paling lewat jenazah yang kami bantu urus dan kami bawa ke tanah perkuburan itu untuk dikebumikan ialah pukul 12.00 malam. Rasanya sudah banyak kali urusan pengkebumian dilakukan pada waktu malam.

Hanya Allah SWT lebih mengetahui

Sekadar gambar hiasan

Buat masa ini tiada kejadian pelik atau bunyi bunyi yang menakutkan kedengaran. Cuma jika ada yang bertanya atau minta pendapat tentang bunyi yang kedengaran saya hanya boleh kata NO KOMEN. Bunyi yang kedengaran itu sayup sayup dengan sekali lalu. Ramai yang katakan itu adalah bunyi yang datangnya dari dalam kubur. Wallahualam.

Hanya Allah lebih mengetahui kebenaran yang sesungguhnya. Bagi mereka yang tidak beriman atau ragu-ragu dengan adanya azab kubur. Mereka akan menganggap semua kisah itu sengaja direka dengan tujuan untuk menakut-nakutkan. Perlu kita semua saling ingat mengingati. Hanya amalan soleh yang dibawa sebagai bekalan menempuh ALAM seterusnya. Setiap dari juga kita perlu sedar. Jangan memandang ringan keadaan dan perihal yang bakal kita tempuhi apabila tiba masanya untuk menghuni alam kubur satu masa nanti. Berhati-hati dalam setiap tindakan yang lakukan di dunia ini. Moga terhindar daripada mendapat pengakhiran yang buruk.. Aamin!

Sumber : Mr Wan Cai Official

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×