![[VIDEO] Aliff Syukri Enggan Panjangkan Isu, Sedia Bersemuka Dengan Ahmad Idham – ‘Saya Maafkan Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/03/IMG_3299.jpeg)
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri enggan mengulas lanjut berhubung teguran pelakon Ahmad Idham yang membangkitkan isu kesesakan lalu lintas di sekitar Kota Damansara, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Nur Shahida Bidas Ahmad Idham, Dakwa Wisma Dherbs Punca Kesesakan Lalu Lintas? – ‘Saya Di Sini Sejak 2015’
Artikel Berkaitan: ‘Ahmad Idham, Kita Jiran & Boleh Bincang? Tak Perlu Suruh Saya Pindah Tempat Lain’ – Aliff Syukri
‘Saya dah maafkan dia’

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 39, menghormati teguran itu namun memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut.
Saya tak nak ulas lebih-lebih. Saya tak ada masalah pun dengan dia (Ahmad Idham), mungkin perkara ini diprovokasikan tapi daripada apa yang dia lakukan itu secara tidak langsung dah mempromosikan bangunan saya.
Ujar pemilik Wisma D’Herbs ini lagi, dia terbuka untuk berjumpa dan berbincang secara bersemuka dengan pengarah itu untuk mencari jalan penyelesaian.
Sebagai orang yang lebih tua dari saya iaitu Dr Ahmad Idham, saya menghormati dia dan kalau boleh kita duduk berbincang sama-sama.
Premis kita pun jaraknya hanya 10 langkah sahaja.
Saya nak ucapkan terima kasih, lagipun saya tak ambil hati. Saya memaafkan dia dan kami pun sama minta maaf kalau mengganggu premis dia.
Aliff berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Brandfilm Raya D’Herbs yang bertajuk ‘Ya, Abang Saya Sekuriti’ bertempat di GSC IOI Mall Damansara pada Isnin.
Upah RELA kawal lalu lintas
Mengulas lanjut, Aliff mengakui pihaknya juga tidak menyangka wisma tersebut bakal dibanjiri ramai pelanggan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Kami pun tak jangka wisma kami akan seramai itu sebab masa PKP dulu jualan sangat perlahan. Kita tak tahu rezeki Allah, tiba-tiba wisma penuh setiap hari.
Bagaimanapun, pihaknya telah mengambil inisiatif dengan mendapatkan bantuan daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk mengawal lalu lintas di kawasan premis tersebut.
Kami pun ada ambil inisiatif panggil RELA jaga kawasan dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Kalau nak ikut kesesakan lalu lintas, dekat mana-mana pun berlaku. Bagi saya masalah parkir itu biasa berlaku di Malaysia.
Terdahulu, Ahmad Idham menerusi beberapa hantaran di Threads meluahkan rasa kesal apabila kawasan sekitar wisma milik pasangan usahawan itu menjadi tumpuan orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Ahmad Idham turut berpendapat kawasan berkenaan tidak sesuai dijadikan lokasi jualan yang mampu menarik kehadiran ramai pelanggan kerana berpotensi mengganggu aliran trafik setempat.
Bagaimanapun, Ahmad Idham kemudian membuat permohonan maaf dan menjelaskan hantaran dibuat hanyalah tanda kecewa terhadap sikap segelintir pengguna jalan raya, bukan ditujukan kepada mana-mana individu.








![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)