Seorang remaja berusia 17 tahun disyaki bertindak menembak dua orang awam sehingga mati di Kenosha, Wisconsin. Insiden difahamkan berlaku pada hari Selasa semasa perhimpunan protes atas kejadian tembakan anggota polis di Kenosha terhadap orang awam, Jacob Blake pada Ahad lalu.
Remaja yang dikenali sebagai Kyle Rittenhouse itu menyertai perhimpunan protes tersebut dan menggunakan senjata api jenis AR-15 melepaskan tembakan rawak di lokasi kejadian.
Protes kematian orang kulit hitam
Menerusi laporan Insider, pada hari Ahad lalu, difahamkan seorang anggota polis di Kenosha telah menembak orang awam yang dikenali sebagai Jacob Blake di bahagian belakang dari jarak dekat.
Pada hari Selasa, kota Kenosha dihadiri puluhan orang awam menyertai perhimpunan tersebut sebagai tanda proses dan menuntut keadilan terhadap kematian Jacob Blake.
Penunjuk perasaan yang turun ke perhimpunan itu bermalam selama tiga hari berturut-turut kerana marah akan kematian orang kulit hitam yang menjadi mangsa tembakan polis itu.
Kekacauan di tempat kejadian mula menjadi kecoh apabila orang ramai mula memberontak dan membakar beberapa perniagaan kecil serta kereta dihancurkan.
Remaja tembak dan bunuh
WATCH VIDEO!
Kyle Rittenhouse 17 years old
from Antioch, IL shoots a man in the head with an AR-15 & kills him in Kenosha. He also shot 2 more people killing 2.Evades street justice by running toward cops with an AR-15
AND the Police just let him go!— kirk acevedo (@kirkacevedo) August 26, 2020
Rakaman video yang tersebar di media sosial ini menunjukkan Kyle Rittenhouse melepaskan rembakan rawak kepada beberapa orang individu.
Menurut sumber kiro7.com, remaja berusia 17 tahun itu sudah berada di kawasan tersebut dengan memegang sebatang senjata api jenis AR-15. Malah, dia dipercayai bukan daripada kumpulan protes tersebut.
Dia ditahan dan akan didakwa dengan pembunuhan berniat pada malam kejadian. Bagaimanapun, pihak berkuasa negara masih dalam usaha menghubungi ibu bapa suspek namun gagal.
Sumber: Insider, Kirk Acevedo, Kiro7.com