Pendakwah Ustaz Rozie Rejab berkongsi tentang malam Lailatulqadar yang penuh keberkatan dan keistimewaan, yang jatuh dalam 10 malam terakhir bulan Ramadan.

Artikel Berkaitan: Bila Lailatulqadar Datang? Ini Petanda Ramai Tak Perasan & Doa Boleh Dibaca

Artikel Berkaitan: Ustaz Lah Beri Peringatan Awal Rebut Lailatul Qadar – ‘Malam Ini Malam Pertama Ramadan Ganjil’

Pengalaman guru

@ustazrozierejab

Pengalaman mereka yang mendapat lailatulqadar… semoga kita juga berjaya menjejakinya.. #lailatulqadar #ramadhan2023🕌 #ramadhan2023 #puasa #jombelajar

♬ Musik Relaksasi – Formasi

Menerusi hantaran di TikTok, Ustaz Rozie menceritakan pengalaman gurunya sendiri tentang malam yang sangat luar biasa itu.

Menurut Ustaz Rozie, gurunya berkata, pada malam itu dia merasa tenang dan bahagia meskipun mengantuk.

Ini saya kongsikan sebab saya bertanya sendiri kepada ustaz saya, yang mana mungkin ia membawa maksud Lailatulqadar.

Antara yang diceritakan, malam itu malam yang sangat mengantuk, sangat indah, tenang, seronok dan bahagia.

Lalu ustaz saya ini lawan rasa mengantuk dengan berwuduk dan solat.

Kemudian guru kepada Ustaz Rozie itu berasa terkejut apabila melihat air kolah yang kering tiba-tiba melimpah di saat dia ingin mengambil wuduk.

Bila dia nak pergi berwudhuk, ada sebuah kolah kering dan memang tidak digunakan lagi untuk berwuduk. Bahkan kalau berisi air, kolah itu bocor dan akan keluar air.

Tetapi malam itu, kolah tersebut airnya membuak-buak dan melimpah keluar. MasyaAllah, ketiaka itu ustaz saya segara berwuduk dan solat.

Bila tengok balik kolah itu keesokan harinya, ia kembali kering.

Semuanya atas rezeki masing-masing, ikhlaskan amal kita untuk dapat keredaan Allah SWT. Bukan kerana riak dan menunjuk.

Bagaimanapun, Ustaz Rozie berkata, bagi sesiapa yang yakin telah bertemu dengan Lailatulqadar, mereka tidak digalakkan untuk berkongsi kerana bimbang akan wujud perasaan riak.

Sebenarnya, orang yang dapat Lailatulqadar ini tidak disyorkan untuk bercerita bahawa dia telah dapat Lailatulqadar.

Ada juga orang yang tak ada tanda-tanda tapi dia dapat Lailatulqadar. Semuanya rezeki masing-masing.

Ada sebab mengapa tidak dikongsikan, antaranya adalah untuk menghilangkan rasa takabur, riak dan ujub orang tersebut. Nanti rosak amalannya.

Sumber: TikTok