Individu di dalam video kontroversi bersama anak penyanyi terkenal akhirnyaa tampil memohon maaf di atas perbuatan yang dilakukannya. Malah, ibu remaja berkenaan turut memuat naik video menyatakan kemaafan dan berharap anak belajar daripada kesilapan.
Artikel berkaitan : Zuher, Ibu Tampil Mohon Maaf Kepada Keluarga Nora
Terbaru, anak lelaki Nora menerusi Instagram menjelaskan dia sudah bersemuka dengan keluarga Zuher di Petaling Jaya. Dia juga mengakui tindakan Zuher merakam permohonan maaf memberi impak yang besar kepada kedua-dua keluarga.
Mereka masih mentah & tidak matang
View this post on Instagram
APOLOGIES FROM ZUHER TO ‘ANAK NORA’ & FAMILY
Assalamualaikum everyone. This post is to clear the air on the current issue involving my family. Let me say this in Malay ya guys?
Alhamdulillah, selepas beberapa hari kami terpaksa menanggung malu yg sangat besar akibat perbuatan dua anak muda yg masih mentah dan alpa, kami telahpun bertemu dgn adik Zuher dan ayahnya di Petaling Jaya semalam.
Ujarnya lagi, sebagai wakil keluarga dia mengakui adiknya melakukan kesilapan dan mereka sekeluarga akan berusaha mendidik adiknya menjadi lebih baik serta bertaubat di atas segala dosa yang dilakukan.
Henti sebar aib mereka
Walaubagaimanapun, tindakan adik Zuher utk merakam dan memuatnaik video-video tersebut di laman sosialnya adalah suatu keputusan yg sangat besar impaknya terhadap kedua buah keluarga.
Ibubapa adik Zuher juga akui kesilapan anak mereka dalam hal ini. Oleh itu, kami cuba mengambil langkah secara teratur dan tidak terburu-buru dengan harapan masa depan kedua-dua anak kecil ini tidak terjejas dengan lebih teruk.
Kami memberi peluang kepada adik Zuher dan keluarga utk bantu kami memulihkan nama baik keluarga kami, dengan usaha mereka utk mem-viral-kan video permohonan maaf ini agar semua rakyat Malaysia dapat menerimanya dengan hati yg terbuka.
Saya mewakili keluarga saya ingin mohon jasa baik anda semua utk bantu kami lindungi masa depan mereka dan berikan mereka peluang yg kedua. Mereka masih lagi anak-anak bawah umur (15 tahun) dan jika anda sebar video mereka, itu adalah sangat tidak bermoral.
Jika anda rasa mereka bersalah, maafkanlah mereka. Kita sebagai manusia tidak akan pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, dan Allah swt juga Maha Pengampun. Tolonglah, bantu kami. Jadilah manusia yg berhati mulia. Terima kasih, Malaysia.
Anak sulung kepada penyanyi Nora juga berharap agar orang ramai tidak lagi menyebarkan aib yang telah dilakukan mereka. Dia mengharap kerjasama dan jasa orang ramai supaya melindungi masa depan mereka.
Sumber : mosyi,johan